Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

5 Hari Sesat.. Diganggu...

DUNGUN - “Walaupun takut kami hanya mampu berserah apabila didampingi dua ekor harimau...

Pastikan Rakyat Terus Nikmati...

PUTRAJAYA — Kerajaan akan memastikan sumber tenaga elektrik di negara ini pada nisbah...

Penjenayah Minta Maaf Lepas...

Dalam satu kejadian yang berlaku dua hari lalu, seorang daripada empat penjenayah bertindak...

Paskal Raih RM2 Juta...

KUALA LUMPUR - Filem aksi ketenteraan, Paskal, mencatat kejayaan awal membanggakan apabila pungutan...

Kecewa Sungguh Lihat Disiplin Artis Popular Ini!

MAKIN popular, makin naik lemak lagaknya.

Kecewa betul lihat perangai dan sikap sesetengah artis la ni. Langsung tak jaga disiplin hingga akhirnya menyusahkan orang ramai pula.

Kisah artis tempatan yang sering datang lewat dan tak tepati masa boleh kata dah acap kali didengar. Sudah ditegur pun, masih buat endah tak endah sahaja.

Nasihat yang dicurahkan buat “kering air liur” sahaja!

Terbaru, perihal seorang artis popular yang dijemput menghadiri satu majlis.

Bukan tak diingatkan supaya datang lebih awal bagi memudahkan perjalanan majlis, tapi masih tetap tak dilakukan.

Lebih buat pihak terlibat geram, bukan sejam terpaksa tunggu artis popular ni tapi melarat sampai dua jam! Siapalah yang tak bengang kan?


Akibat sikap acuh tak acuh dia sorang, semua agenda majlis akhirnya tergendala.

Malah, tetamu VIP pun terpaksa menunggu hinggakan mereka turut menggeleng kepala lihat artis ini.

Tahulah popular dan disayangi peminat, tapi perangai seperti ini memang menyakitkan hati. Lagi-lagi, ianya bakal jadi contoh kepada artis baru yang turut hadir di majlis tersebut.

Paling tak boleh diterima, sudahlah lewat, masih belum bersiap sedia juga. Hanya kerana dia seorang, semua mengeluh dan menanggung susah.

Ini ke perangai orang yang diagung-agungkan sebagai artis popular? – MYNEWSHUB.CC

VIDEO ARTIS WANITA WAJAH SEIRAS
https://www.youtube.com/watch?v=IjNxTpHdmig

  • Lagi berita berkaitan:
  • Artis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori