Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengguna ERL Letak Kaki...

TINDAKAN seorang pengguna tren laju Express Rail Link (ERL) meletakkan kakinya di kerusi mengundang...

Azwan, Ezzaty Sambung Bulan...

PASANGAN pelakon Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga...

Beri Bantuan Kepada Mangsa...

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan memberikan bantuan bersesuaian kepada mangsa yang cedera...

Strategi Pengecut Pembangkang

Apa sahaja pembangkang tidak perlekehkan tentang kerajaan sehinggakan kos lawatan rasmi Perdana Menteri...

Kecoh!! Astro Kini Haramkan Agama Islam Dalam Permohonan?

Agama adalah isu yang amat sensitif untuk dimainkan sesuka hati di negara ini.

Justeru apabila seorang retailer Astro mendedahkan di Facebook BBCD hari ini tentang syarat baru Astro ‘mengharamkan’ agama Islam dalam permohonan, ia mendatangkan kecoh dalam kalangan netizens.

Status individu mendakwa retailer Astro berbangsa Melayu dan beragama Islam itu berbunyi:

Astro buat undang undang haramkan agama Islam dalam permohonan. Agama lain tak apa.

Salam BBCD saya seorang retailer Astro yang berbangsa Melayu. Saya ada menerima email dari astro syarat-syarat permohonan baru untuk Astro. Mula mula saya biarkan je tak amik port.

Tapi semalam 7 pelanggan Melayu Islam saya kena reject permohonannya. Saya call validation department. Mereka kata sebab saya tak tutup atau sorokkan agama ISLAM dalam ic pemohon tu. Saya tanya kalau agama lain macam mana? Diorang jawab agama lain tak apa. Hanya agama Islam khas yang tak boleh ada dalam permohonan.

Kalau pemohon agama islam, kita kena tutup atau sorokkan Islam tu baru permohonan diterima. Tak kan nak cari rezeki saya nak kena sorokkan agama Islam. Saya dan rakan yang lain sedih sangat. Boleh tak BBCD tolong viralkan?

Bersama status ini, disertakan surat pekeliling dikeluarkan Astro bertarikh 12 November 2014.

astro

 

Hal ini mendatangkan kemarahan ramai pengguna Astro beragama Islam hingga terbitlah bermacam-macam komen, antaranya seperti yang kami kongsikan di bawah.

pelanggan astro


pelanggan astro2

Bagaimanapun, ada juga yang bersikap lebih rasional dan menerangkan bahawa syarat yang dikenakan Astro ini, tertakluk pada akta Akta Perlindungan Data Peribadi 2013 (Akta 709) di mana seksyen 4 akta tersebut menyatakan maklumat sensitif individu seperti agama dan politik perlu dilindungi dan tidak boleh dihebahkan.

Jadi kalau nak komplen, pihak yang harus ditanya adalah PDPA bukan Astro.

pelanggan astro3

pelanggan astro4

pelanggan astro5

Pada pendapat kami, moleklah jika kita semua menyemak lebih teliti tentang sesuatu perkara sebelum memberi komen atau naik angin tak tentu fasal.. betul tak?

Berkaitan akta PDPA, ia diwujudkan bagi memberi perlindungan kepada kita selaku pengguna, jadi tentu ada alasan rasional di sebalik semua ini jika tak dilihat dari aspek kontroversi semata-mata.

Jadi kalau nak penjelasan lebih jelas, alihkan komplen kepada PDPA dan minta mereka jawab, kenapa cuma Islam tertakluk pada syarat ini.. Why? Why? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

  • Lagi berita berkaitan:
  • astro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori