KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia akan ditutup pada 25 Disember ini bersempena perayaan Krismas.
Pejabat kedutaan itu dalam satu kenyataan memberitahu, Presiden AS, Barack Obama telah mengeluarkan arahan eksekutif mengenai perkara itu.
“Semua cawangan jabatan dan agensi eksekutif kerajaan Persekutuan (AS) ditutup pada 25 dan 26 Disember 2014.
“Semua perkhidmatan kedutaan termasuk visa dan pasport dan lain-lain akan beroperasi semula pada 29 Disember ini,” kata kenyataan itu hari ini.
Bagaimanapun, pejabat kedutaan AS di Malaysia masih boleh dihubungi untuk urusan kecemasan di talian 03-2168-5000.