Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiduri 5,000 Wanita, Charlie...

NAMA aktor senior, Charlie Sheen, 50 tahun; kini sedang hangat meniti di bibir...

5 Kru Terdampar Di...

LAHAD DATU - Polis tidak menolak kemungkinan lima kru yang hilang selepas sebuah...

Mahathir Hoskan Jamuan Tengah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meraikan Emir Qatar...

Kes Covid-19 Di Seluruh...

ANKARA - Jumlah kes koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia melebihi 704,000 semalam, lapor...

Kehilangan QZ8501 Singkap Tragedi Adam Air 7 Tahun Lalu

Semalam (Ahad), pesawat Air Asia QZ8501 dilaporkan hilang dari pemantauan radar ketika melakukan penerbangan dari Surabaya, Indonesia menuju ke Singapura pada jam 7.24 pagi.

Insiden tersebut bagai menyingkap kembali tragedi yang hampir sama berlaku pada Januari 2007 membabitkan penerbangan tempatan (Indonesia) pesawat Adam Air penerbangan 574 dari Surabaya ke Manado.

Kapal terbang berkenaan merupakan pesawat Boeing 737-400 dan dilaporkan hilang di Polewali, Sulawesi.

Menurut informasi, ia membawa sejumlah 96 orang penumpang (85 Dewasa, 7 Kanak-Kanak dan 4 Bayi) dan enam anak kapal dalam penerbangan menuju Manado.

Pesawat tersebut tiba-tiba dilaporkan gagal dikesan pengawal trafik di Makassar, Sulawesi Selatan dengan hubungan terakhir pada jam 2.53 petang waktu tempatan.

Namun demikian, kapal terbang berkenaan sempat menghantar dua isyarat kecemasan sebelum ia terputus hubungan. Menurut pakar, isyarat boleh ditafsirkan sebagai kemungkinan ia mengalami kemalangan.

Memetik laporan dari Institut Meteorologi dan Geofizik Indonesia, pada tarikh kejadian, cuaca ribut di kawasan tersebut dan ketebalan awam mencecah 30,000 kaki atau kira-kira 9,144 meter manakala kelajuan angin 30 knot (55.56 km/j).

Rentetan dari itu, sebuah kapal terbang tentera udara Indonesia melaporkan bahawa sebuah pesawat telah ditemui terhempas di pergunungan Sulawesi.

Lantas, pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke lokasi kejadian, namun gagal menemui sebarang tanda berlakunya nahas di situ.

Selepas sebulan, operasi mencari dan menyelamat dihentikan berikutan tiada sebarang petunjuk serpihan bangkai pesawat dan lama-kelamaan, ia semakin dilupakan seluruh rakyat republik itu.


Namun demikian, tujuh bulan selepas insiden tersebut berlaku, dua kotak hitam pesawat yang merakamkan data penerbangan juga perbualan juruterbang akhirnya berjaya ditemui.

Setelah sembilan bulan analisis dibuat oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Indonesia (KNKT) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NSTB) Amerika Syarikat membuat kesimpulan bahawa juruterbang telah mematikan alat kawalan automatik bagi membaiki Sistem Rujukan Anersia (IRS).

Menurut rumusan tersebut juga, ketika juruterbang sibuk membuat pembaikan, tiada sesiapa yang menerbangkan pesawat tersebut lantas ia mengiring ke kanan dan menjunam ke dalam laut.

Adam-gambar 2-016

Akhirnya, 26 barang termasuk beberapa serpihan sayap yang dipercayai milik Boeing 737-400 Adam Air ditemui di daerah kecil Barru dan Pangkep.

Serpihan pertama yang merupakan sayap pesawat sepanjang satu meter ditemui oleh seorang pelayan yang kemudiannya menyerahkan kepada Pusat Mencari dan Menyelamat lantas ia membuka jalan terhadap penemuan barangan lain oleh penduduk di Pantai Polanro, Barru dan Pangkep.

Terlalu awal untuk sesiapapun membuat konklusi terhadap situasi sebenar yang menimpa QZ8501, jadi ayuhlah sama-sama kita berdoa agar kondisi pesawat juga penumpang berada dalam keadaan selamat dan berjaya ditemui dalam masa terdekat. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

Teriakan ‘Allah huakhbar’ Dari Rakaman Suara Kotak Hitam Dipercayai Milik Pesawat Adam Air Sebelum Terhempas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori