Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

426 Mangsa Banjir Ditempatkan...

JOHOR BAHRU - Lebih 400 mangsa daripada 113 keluarga di Mersing dan Kota...

Tindakan Siarkan Karikatur Hina...

KUCHING - Tindakan sebuah akhbar negara jiran yang menyiarkan karikatur kartun menghina negara...

Chong Wei Ke Separuh...

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mengesahkan tempat ke...

Tiada Jangkitan Malaria Di...

KUALA NERUS - Negeri Terengganu bebas daripada jangkitan malaria sejak tahun 2013, kata...

Kekal Akta Hasutan 1948, Pembangkang Perlu Positif

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan penambahbaikannya perlu dilihat secara positif sebagai usaha untuk menjaga keharmonian dalam negara, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau berkata pembangkang, yang mempersoalkan kewajaran keputusan kerajaan itu, seharusnya melihat penambahbaikan akta itu bertujuan melindungi sensitiviti semua rakyat Malaysia dan kontrak sosial, serta mengawasi kegiatan atau kenyataan berbaur hasutan yang boleh mendatangkan kemarahan dan ketegangan kaum.

“Adalah lebih baik mereka mengadakan sesi perbincangan mengenai akta ini serta kemukakan cadangan dan maklum balas. Bukan dengan membuat kenyataan dengan melulu… mereka (Dewan Pemuda PAS) perlu faham bukan semua perkara yang dilakukan Barisan Nasional (BN) harus dibangkang,” katanya kepada Bernama.

Sohaimi mengulas dakwaan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Terengganu Wan Mohd Faizul Wan Abas yang terkilan dengan keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948, yang disifatkan sudah lapuk.

Wan Mohd Faizul turut dipetik sebagai berkata kerajaan tidak mengotakan janji untuk memansuhkan Akta Hasutan seperti yang diumumkan pada Julai 2012.


Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan untuk memasukkan dua peruntukan khas bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Sohaimi berkata penambahbaikan akta itu bertujuan memperkukuhkannya agar  terus relevan dan mantap untuk menghadapi cabaran semasa khususnya dalam era media sosial.

“Tidak semua benda yang lama, lapuk. Sama seperti akta ini, kalau mereka (pembangkang) faham, mereka akan menyokong langkah kerajaan ini demi kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori