Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kematian COVID-19 Di Amerika...

WASHINGTON - Kematian akibat COVID di Amerika Syarikat (AS) mencecah 47,000, pada Rabu,...

Sindiket Edar Dadah Tumpas...

NUSAJAYA - Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan empat lelaki...

PRN Melaka: Seorang Pengundi...

MASJID TANAH : Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengesahkan seorang pengundi pusat mengundi di...

2 Pemuda Ditahan Miliki...

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua lelaki serta merampas sejumlah dadah bernilai kira-kira...

Kekal Akta Hasutan Bukan Sekat Demokrasi, Cengkam Pembangkang

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan bukan untuk menyekat demokrasi atau mencengkam pembangkang sebaliknya untuk memastikan tidak berlaku konflik antara kaum dan agama di negara ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat kerana masih terdapat anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, tidak mengamalkan demokrasi, tidak menghormati antara kaum dan agama sehingga membawa tahap ketegangan yang semakin meningkat.

Berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, di sini hari ini, beliau memberikan contoh negara maju seperti Amerika Syarikat yang masih gagal menangani soal perkauman dan berlakunya rusuhan, dan sekiranya ia berlaku di Malaysia, kesannya buruk sekali.

“Kita perlu mengekalkan keamanan, keharmonian dan keselamatan negara kerana polarisasi semakin meningkat. Kita tidak boleh melonggarkan peruntukan undang-undang.

“Tujuan kita mengambil keputusan mengukuhkan (Akta Hasutan) bukan untuk menyekat demokrasi dan bukan untuk mencengkam pembangkang. Kalau kita melihat, pembangkang masih bebas melakukan apa-apa atau menyebar dan menguatkan kedudukan mereka. Ini bererti demokrasi masih segar di Malaysia.


“Kita nak pastikan tidak berlaku konflik antara agama dan kaum dalam negara kita. Itulah tujuan kita mengambil tindakan sedemikian,” katanya.

Pada 27 Nov, Najib yang juga Presiden Umno dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno 2014 mengumumkan Akta Hasutan akan dikekalkan dengan penambahbaikan.

Penambahbaikan itu adalah dengan memasukkan dua peruntukan khas bertujuan melindungi kesucian agama Islam dan agama lain serta mendakwa mereka yang menghasut agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Najib ketika menggulung perbahasan perhimpunan itu menyatakan bahawa pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori