Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Wanita Diarah Bayar RM351,000...

SEORANG wanita diarahkan oleh mahkamah untuk bayar pampasan sebanyak RM351,000 kepada seorang jurugambar...

Kerajaan BN Adil Kepada...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan pelbagai...

Alahai Artis: Nampak Cerdik...

ANDA pernah menyayanginya. Jadi kenapa harus bermati-mati menyimpan rasa dendam dengan sikap membenci...

Lelaki Curi Jengkaut, Ranapkan...

AUSTRALIA - Gila. Seorang lelaki yang telah mencuri sebuah jengkaut, telah meranapkan sebuah...

Kementerian Kaji Permasalahan Dihadapi Bernama TV

KEMAMAN (Terengganu) – Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji permasalahan yang dihadapi oleh stesen berita 24 jam, BERNAMA TV, hingga tidak dapat membayar gaji pekerjanya.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata kajian terperinci bagi menyelesaikan kemelut BERNAMA TV ataupun mencari keputusan lain perlu dilakukan dengan sebaiknya kerana ia adalah satu entiti perniagaan yang dikendalikan oleh pihak swasta.

“Sudah semestinya saya memahami tentang kesusahan yang dialami pekerja stesen TV berkenaan dan saya mengambil berat akan hal ini.

MENARIK – Pengarah Bernama TV Perlu Didakwa – DAP

“Akan tetapi harus difahami bahawa BERNAMA TV bukanlah suatu stesen TV milik kerajaan tetapi ia milik swasta dan apa pun keputusannya mestilah berdasarkan keputusan perniagaan,” katanya selepas merasmikan Majlis Pembahagian Dana Persekolahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai di sini.

Pada majlis itu, seramai 2,536 penerima menerima wang tunai berjumlah RM421,300 daripada kerajaan negeri Terengganu.

Ditanya sama ada kementerian itu akan memberikan suntikan kewangan awal kepada pekerja terbabit, Ahmad Shabery berkata pihaknya tetap akan mencari jalan terbaik untuk meringankan beban pekerja berkenaan.

Menurutnya, selama ini pun, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) telah banyak memberikan suntikan bagi menanggung operasi dan gaji pekerja BERNAMA TV.


“Peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk mengendalikan operasi BERNAMA sebagai agensi berita bagaimanapun sebahagiannya terpaksa diambil bagi menanggung kelemahan syarikat swasta,” katanya.

Justeru itu, Ahmad Shabery berkata keputusan segera haruslah dibuat bagi menyelesaikan masalah berkenaan kerana soalnya mengapa kerajaan pula yang terpaksa menanggung kelemahan sebuah syarikat swasta yang tidak memenuhi tanggungjawab dalam mengendalikan stesen TV berkenaan.

BERNAMA mempunyai pegangan minoriti 33 peratus dalam BERNAMA TV dan membayar gaji pekerja sehinggalah ia tidak mampu lagi melakukannya pada November.

Kali terakhir kakitangan Bernama TV mendapat gaji ialah pada 20 Oktober lepas. Ekoran itu, 30 wakil kakitangan stesen TV berkenaan dilaporkan membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pada Rabu lepas. – BERNAMA

Video Staf Bernama TV Buat Aduan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori