Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Yana Najib Bertanding Exco...

PETALING JAYA – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib meluahkan hasratnya...

Kasihan Mereka Yang Pamer...

JERANTUT - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan...

Sherry Ibrahim Tak Sabar...

PELAKON Sherry Ibrahim mengakui perkara yang paling ditunggu-tunggu ketika sambutan Aidilfitri ialah kemeriahan...

Johan, Zizan Bakal Kembali...

SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak terkenal, Jozan yang dianggotai pelawak dan...

Kemudahan Perubatan Disediakan Kerajaan Setanding Swasta

MELAKA – Kemudahan perubatan disediakan kerajaan untuk rakyat pada masa ini adalah setanding dengan kemudahan disediakan pihak swasta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata persepsi dalam kalangan rakyat bahawa pihak swasta memberikan kemudahan perubatan lebih baik berbanding kerajaan adalah disebabkan kerajaan memberikan kemudahan perubatan kepada pelanggan yang lebih ramai berbanding swasta.

“Tiada jurang (kemudahan perubatan kerajaan dan swasta), tetapi dengan jumlah kemudahan sama kerajaan beri perkhidmatan kepada ramai orang tentulah masa menunggu itu lama malah sukar beri semua, tetapi pihak swasta beri khidmat kepada orang yang sedikit jadi perkhidmatan cepat dan semua boleh dapat.

“Saya akui keperluan (perubatan) sekarang lebih daripada apa yang kita mampu sediakan, saya kalau boleh hendak penuhi semua tetapi kita berdepan dengan kekangan kewangan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau terdahulu menghadiri Majlis Perasmian Klinik Kesihatan Seri Tanjung di Tanjung Kling di sini disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Klinik Kesihatan Seri Tanjung yang dibina dengan kos RM19 juta mula beroperasi pada tahun 2012 dan lebih 30,000 penduduk setempat memperoleh perkhidmatan kesihatan di klinik tersebut.


Dr Subramaniam berkata dianggarkan daripada 10 penduduk di negara ini yang mendapatkan rawatan, sembilan daripadanya mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan manakala selebihnya yang berkemampuan akan mendapatkan rawatan daripada pihak swasta.

“Bagaimanapun sekiranya kos perubatan meningkat angka ini dijangka berubah kerana lebih ramai rakyat akan mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan yang memberikan kemudahan dengan bayaran jauh lebih rendah malah ada yang percuma,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sejak Jun lepas kementeriannya giat melaksanakan program Penjagaan Domestik bertujuan memendekkan masa pesakit mendapatkan rawatan di hospital dengan memberikan rawatan susulan di rumah.

“Bagi pesakit yang telah stabil dan tidak sakit kronik, kita benarkan pulang lebih awal dan kakitangan kesihatan kita akan pergi ke rumah mereka untuk memberikan rawatan di sana di samping mengajar anggota keluarga mereka cara penjagaan pesakit yang sempurna,” katanya.

Dr Subramaniam berkata program yang telah dilaksanakan di 140 kawasan seluruh negara itu akan diperluas dan diharap dapat mengurangkan masalah kesesakan di hospital kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori