Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

BN Susun Strategi Kempen...

PASIR SALAK - Barisan Nasional (BN) telah menyusun strategi kempen yang teratur dalam...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Johor dan Kelantan beransur pulih pagi...

Nad Zainal Sah Bergelar...

PELAKON drama terkenal, Nad Zainal sah menjadi isteri Muhammad Faliq, 27,  setelah selamat...

SIA Didenda RM354 Juta...

BRUSSELS - Tidak sampai sebulan didenda Penguasa Penerbangan Awam Britain (CAA) kerana banyak...

Kenali 5 Selebriti Barat Takut Naik Kapal Terbang

BERITA mengenai nahas udara melibatkan beberapa pesawat komersial di seluruh dunia sejak akhir-akhir mungkin memberi kesan mendalam terhadap minat orang ramai untuk menaiki kapal terbang sebagai pengangkutan pilihan yang cepat dan selesa.

Namun bagi orang miskin, menaiki pesawat untuk pergi ke mana-mana destinasi pasti mencetuskan rasa teruja apatah lagi bagi golongan kaya, menaiki kapal terbang kepada mereka ibarat menaiki teksi cuma bezanya ia boleh terbang di awan biru.

Ironi, ada juga insan yang mengalami perasaan takut berlebihan apabila menaiki pesawat serta pengangkutan udara lain seperti helikopter dan dalam bahasa saintifik dunia psikologi ia juga dikenali sebagai aviophobia atau aerophobia atau pteromerhanophobia.

Keadaan ini turut dialami individu popular bertaraf selebriti termasuk bintang Hollywood yang hidup mewah tetapi turut menghidap fobia jika terbang di udara atau berada di tempat tinggi walaupun di dalam pesawat canggih yang dijamin selamat.

Berikut disenaraikan lima selebriti terkenal yang juga mengalami perasaan itu:

Megan Fox: Aktres seksi filem Transformers ini sering diminta untuk terbang dari satu negara ke negara yang lain, namun tahukah anda, dia sebenarnya sangat takut terbang tetapi sebagai pelakon profesional, Fox berusaha melawan rasa takutnya itu. Petuanya ialah ketika terbang, Fox yang berusia 28 tahun itu akan mendengar lagu-lagu Britney Spears untuk menenangkan diri kerana menurutnya, lagu malar hijau penyanyi itu mampu membuatnya dirinya berasa amat rileks.

Jennifer Aniston: Rasa takut bintang siri komedi Friends berusia 45 tahun itu sudah bermula sejak peristiwa ribut kencang yang membadai kediamannya di New York City, beberapa tahun lalu. Jika melakukan perjalanan dengan pesawat, beliau sering terbayang kilat dan petir seolah-olah tidak henti menyerang dirinya sekali gus membuatnya trauma sehingga kini. Selama bertahun-tahun, Aniston lebih rela memilih kenderaan darat untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain.


Kirsten Dunst: Bintang heroin Spiderman ini juga dilaporkan takut terbang. Katanya dia selalu takut menaiki pesawat walhal watak kekasih adwira labah-labah itu memang selalu bergayut terbang dan bagi mengatasi fobia tersebut setiap kali terbang di udara, dia akan membawa bersama-sama headphone bose yang biasanya meredam suara seperti berbisik dalam pesawat. Dunst yang kini berusia 32 tahun itu mengenakan penutup besar telinga tersebut ketika pesawat berlepas dan mendarat.

Britney Spears: Megan Fox mungkin dapat mengubati rasa takutnya di udara dengan mendengarkan lagu penyanyi ini, namun siapa sangka, jika Britney Spears juga ternyata takut menaiki pesawat. Walaupun terkenal dengan pelbagai berita kontroversi, dia yang berusia 33 tahun itu sebenarnya sudah menjelajahi banyak negara di dunia, namun pesawat tetap menjadi hal menakutkan dirinya dan caranya mudah, terpaksa tidur mati sepanjang penerbangan.

Kate Winslet: Bintang legenda Titanic berusia 39 tahun ini memiliki ketakutan mati tragik dalam kemalangan udara. Bukan hanya Winslet, bekas suaminya, Sam Mendes, memiliki ketakutan yang sama sehingga mereka memutuskan untuk tidak menggunakan pesawat yang sama ketika ingin pergi ke mana-mana destinasi. Mereka takut kecelakaan terjadi dan serentak mengorbankan nyawa mereka bersama sekali gus tidak ingin anak-anaknya hidup tanpa ada orang tua.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori