Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PRK Rantau: PAS Kerah...

SEREMBAN - PAS Negeri Sembilan akan membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam...

Pembangkang Takut Murid Tahu...

NAMPAKNYA pihak pembangkang semakin 'panas' apabila kutuk pertandingan anjuran Persatuan Sejarah Malaysia mengenai...

Ini Kelakar! Pelanggan Tuntut...

Memang gelak berguling lepas baca screenshot yang mula tersebar di media dan dikongsi...

Cadang Royalti Bauksit Dibayar...

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang bercadang mengenakan syarat terhadap pihak yang ingin mengeksport...

Kenali Miss Malaysia World 2014.. Dewi Liana Seriestha

BUKAN mudah untuk terpilih mewakili negara ke pertandingan Miss World dan lebih payah lagi, untuk bergelar pemenang.

Justeru tahniah harus diberikan kepada wakil Malaysia, Dewi Liana Seriestha, 25, apabila terpilih sebagai ratu Most Talented ketika Miss World 2014 peringkat akhir berlangsung di London, minggu lalu.

Anugerah Most Talented diberikan kepada Dewi selepas dia berjaya membawakan lagu dari muzikal klasik Phantom of Opera, Aria dengan cemerlang sekaligus mengalahkan Miss Scotland Ellie McKeating yang menyanyikan lagu tradisional Gaelic.

Dewi yang sebelum ini dikenali kerana pernah menyertai program realiti bakat Mentor musim pertama, sudah mula menyanyi sejak berusia 10 tahun lagi.

Berketinggian hampir 6 kaki, Dewi yang merupakan anak sulung daripada empat beradik merupakan kacukan Bidayuh – Indonesia dan tinggal di Sarawak.

Apa pun, mari ikuti fakta lain tentang Dewi yang menarik untuk diketahui!

ba0df828a2394a386c263a0dca1bb109_XL

1) Punyai Vokal Hebat
Kehebatan vokal Dewi membuatkan dia pernah menerima pingat emas untuk satu pertandingan menyanyi lagu opera klasik. Dewi juga pernah menerima tiga pingat perak dalam pertandingan nyanyian lagu kontemporari, world music dan kepelbagaian vokal.

kch-bp300714-js-dewiP3

Paling hebat, Dewi meraih pengiktirafan khas Industry Award dan berjaya menduduki podium ketika menyertai pertandingan World Championship of performing Arts 2014 (WCOPA) di Hollywood, California baru-baru ini.


2) Pandai berlakon
Mungkin ada yang perasan, Dewi pernah membintangi drama bersiri 13 episod berjudul “Kembali” yang disiarkan pada 2009 hingga 2010 di RTM, selain drama bersiri “Nilai Cinta Diana” yang juga disiarkan RTM pada 2011.

Selain itu Dewi pernah muncul dalam drama Patung Cinta (Astro) selain menyertai Games Aqua Extreme pada 2013. Bagaimanapun, Dewi yang merupakan lepasan ASWARA paling diingati sebagai peserta Mentor musim pertama di bawah mentee Liza Hanim.

3) Suka Aktiviti Kebajikan
Dewi menyatakan, berbuat amal mendatangkan gembira buatnya jadi dia gemar menyertai pertandingan yang turut menyalurkan dana kepada pihak kurang bernasib baik.

Pada masa sama, Dewi aktif memperjuangkan seni dan budaya masyarakat Bidayuh agar lebih diberikan perhatian di mata dunia. Dewi juga merupakan duta “Soulful Orangutan Appeal Project” yang memperjuangkan nasib haiwan ini daripada terus pupus.

Kami yakin, selepas ini langkah Dewi akan lebih menyerlah lagi dalam bidang seni, baik nyanyian mahu pun lakonan.

10407377_1001872513173050_1946230930213661695_n

Pakej yang dimiliki gadis cantik tinggi lampai ini tak dapat dipertikaikan lagi, mampu membuatnya jadi bintang jika digilap dengan baik. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: REM RAMZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori