Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kedah Sah Tidak Beraksi...

KUALA LUMPUR – Juara Piala FA, Kedah, sah tidak akan beraksi dalam saingan...

Polis Marin Rampas 1Kg...

ALOR SETAR - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi menahan seorang lelaki...

Gentari Meterai 12 MOU...

ENTITI milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Gentari Sdn Bhd menandatangani 12 Memorandum...

Polis Tak Lindungi Individu...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu tidak akan melindungi mana-mana individu termasuk ahli politik...

Kenyataan Teng Berhubung Hudud Pendapat Peribadi

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kenyataan anggota Exco negeri daripada DAP, Datuk Teng Chang Kim bahawa PAS harus meninggalkan Pakatan Rakyat jika gagal menunaikan janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, merupakan pendapat peribadinya.

Mohamed Azmin yang juga timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata kenyataan Teng tidak menggambarkan pendirian Pakatan Rakyat berhubung undang-undang Islam sambil menambah sebarang cadangan atau pendapat mengenai hudud akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

“Kebiasaannya, perkara ini (Hudud) hanya akan diputuskan selepas mendapat konsensus daripada semua komponen parti dalam Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Zon Bersih Mini anjuran Majlis Bandar Raya Shah Alam di sini malam tadi.

Teng yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang melalui laman Facebooknya semasa mengulas desakan PAS melaksanakan hudud di Kelantan berkata “sekiranya kamu tidak dapat berpegang kepada janji untuk tidak menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud semasa bersama Pakatan Rakyat, lebih baik keluar.” – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori