Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Merayau Tepi Rumah Sendiri...

MALANG menimpa seorang lelaki apabila dia dibogelkan, diikat di tiang elektrik serta disiksa...

Jerebu: Kualiti Udara Di...

SINGAPURA - Kualiti udara di Singapura terus berada di paras tidak sihat hari...

Drogba Sah Gantung But

LONDON - Legenda Chelsea, Didier Drogba mengesahkan persaraan daripada dunia bola sepak sekali...

Polis Ingatkan Parti Menang...

SUNGAI BESAR - Polis hari ini mengingatkan penyokong parti yang menang pada Pilihan...

Kerajaan Belanda Pertahan Kendalikan Siasatan MH17

AMSTERDAM – Kerajaan Belanda hari ini menolak gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menyerahkan penyiasatan terhadap tragedi MH17 kepada badan dunia itu sebaliknya berjanji melakukan yang terbaik meskipun berdepan pelbagai kesukaran.

Pesawat Malaysian Airlines (MAS) berkenaan ditembak jatuh di kawasan yang dikuasai puak pemisah yang pro-Russia di timur Ukraine pada 17 Julai lalu yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.

Serpihan bangkai pesawat tiba di Belanda semalam yang diangkut menggunakan trak untuk membolehkan penyiasatan yang diketuai Belanda dilakukan terhadap nahas itu.

Dalam satu surat daripada firma peguam yang mewakili beberapa keluarga mangsa nahas, pegawai tinggi kerajaan Belanda dilaporkan berkata, pasukan penyiasat berdepan dengan situasi geopolitik yang rumit di zon konflik dan ‘sedang melakukan apa yang termampu’.

Dalam satu temubual dengan AP semalam, jurucakap firma peguam berkenaan, Bob van der Goen mengkritik mengenai tempoh siasatan. – AP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori