Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tak Hirau Kontroversi Babak...

KUALA LUMPUR : Di sebalik kontroversi adegan panas keterlaluan yang melanda filem Pulau,...

Pelajar Harus Sentiasa Bermotivasi...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan semua...

Buruh Dipenjara 6 Bulan...

PETALING JAYA - Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret...

Adik Terlanggar Abang Sendiri...

KUANTAN - Seorang penunggang motosikal maut dilanggar sebuah kereta dalam kemalangan yang berlaku...

Kerajaan Perlu Perjelas Isu Akta Kawalan Harga & GST

KUALA LUMPUR – Pelabur dan pemaju dalam industri hartanah negara akan mendapatkan pencerahan kerajaan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikuatkuasakan bersama Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2010.

Menurut Rakan Kongsi Pengurusan Syarikat Ong and Tax Consultants, Agnes Wong, antara isu belum jelas ialah mekanisme yang akan diguna oleh kerajaan bagi mengukur harga hartanah apabila GST dilaksana kelak.

“Kerajaan sudah memaklumkan untuk mengenakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan bagi mengelakkan harga melampau semasa GST, namun apakah perbandingan yang diguna pakai oleh kerajaan?

“Adakah data dari tempoh Januari 2015 hingga April 2015? Harga sudahpun tinggi pada masa ini, justeru bagaimana kerajaan mahu mengawal harga hartanah,?” katanya dalam sidang media bersempena Persidangan Unjuran Hartanah 2015, di sini Isnin.

Persidangan dua hari bermula 10 Jan 2015 itu dijangka disertai 1,200 orang termasuk pembeli dan pakar sektor hartanah bagi membincangkan prospek serta pembangunan pasaran hartanah negara, selain impak GST dan Bajet 2015 terhadap perancangan kewangan dan pelaburan serta pasaran sekunder.

Sementara itu, Presiden Institut Ejen Hartanah Malaysia, Siva Shanker menyarankan agar sesetengah data pasaran hartanah seperti harga sebenar hartanah tertentu dikongsi dengan masyarakat umum terutama bagi mengekang kegiatan spekulasi.


“Spekulasi menyebabkan peningkatan harga pasaran hartanah sehingga 30 dan 40 peratus sejak tiga tahun lepas,” katanya.

Perancang Kewangan Bertauliah dan juga Penasihat Hartanah, Milan Doshi pula menasihati pelabur dan pembeli agar melengkapi diri dengan pengetahuan secukupnya sebelum membeli sebarang hartanah.

“Paling penting anda harus faham proses dan prosedur terutama dari segi perundangan dan kewangan,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=hhP-2nhV6VA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori