Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rakyat Nikmati Perkhidmatan Kesihatan...

TAWAU – Rakyat menikmati perkhidmatan rawatan kesihatan terbaik berikutan keprihatinan kerajaan yang menyediakan...

Arsenal Disambut ‘Dingin’ Ketika...

ARSENAL disambut 'dingin' ketika mereka tiba di Sweden pada Rabu malam. Pasukan The Gunners...

Zika Di Singapura: Malaysia...

BALIK PULAU - Malaysia memperketat ujian saringan kesihatan di semua pintu masuk negara...

Sembunyi Minyak Masak: Peruncit...

LANGKAWI - Seorang pengusaha kedai runcit menjadi individu pertama di Langkawi dikenakan tindakan...

Kerjasama Malaysia-Korea Selatan Dilonjak Menerusi LEP

SEOUL – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata Malaysia sedang berusaha untuk mencergaskan kerjasamanya dengan Korea Selatan melalui gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0).

Ini berikutan kejayaan Dasar Pandang ke Timur, yang menjadi asas perkongsian kukuh antara kedua-dua negara sejak lebih 30 tahun lepas.

Malaysia memperkenalkan dasar itu pada 1982 untuk mencontohi etika dan teknik perniagaan dari negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Saya berharap kita boleh terus memperluas hubungan dan meneroka bidang kerjasama baharu – dari sains dan teknologi hinggalah kepada budaya dan pendidikan serta pertahanan.


“Dengan hala tuju dan keyakinan yang diperbaharui, Malaysia melihat Korea Selatan sebagai rakan kongsi sama dalam usaha pembangunan ekonomi dan sosial lebih besar,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Presiden Korea Selatan Park Guen-Hye di Cheong Wa Dae (Rumah Biru Istana Presiden) di sini, Rabu.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori