Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

14 Ketua AMK Negeri...

KUALA LUMPUR - Peraturan Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR 2014 memberi kuasa...

FAM Setuju Kurangkan Hukuman...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersetuju untuk mengurangkan hukuman selepas...

Himpunan Haram: 2 ADUN...

KUALA LUMPUR - Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak dan empat...

Falkirl Wheel: Satu-Satunya Lif...

TAHUKAH anda, kehebatan teknologi di Scotland membuatkan negara itu berjaya menarik ramai melancong...

Kes Bunuh Di Relau Dipercayai Ada Kaitan Rakyat Myanmar

BUTTERWORTH – Polis percaya kes bunuh di hadapan sebuah tokong di Taman Metropolitan, Relau dekat sini hari ini dilakukan oleh kumpulan rakyat Myanmar yang sama dalam beberapa kes bunuh melibatkan rakyat negara itu di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datul Abdul Rahim Hanafi berkata ia berdasarkan modus operandi dan kesan kecederaan yang dialami mangsa sama seperti kes-kes bunuh membabitkan rakyat Myanmar sebelum ini.

“Berdasarkan siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan kes bunuh awal pagi ini di Relau itu mempunyai kaitan dengan beberapa kes bunuh membabitkan warga Myanmar.

“Suspek dipercayai warga Myanmar dan mangsa juga rakan senegaranya. Motif kejadian dipercayai dendam yang dibawa dari negara mereka, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas Pertandingan Boling Polis Diraja Malaysia (PDRM) Piala Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim’, di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu giat dijalankan dan menurutnya mungkin polis boleh mendapatkan maklumat daripada warga Myanmar yang ditahan sebelum ini.


Sejak awal tahun ini, 18 kes pembunuhan rakyat Myanmar dilapor di Pulau Pinang dan pada peringkat awal, mayat dibungkus dengan kain putih seperti dikafan dan ditinggalkan di tepi-tepi jalan. Bagaimanapun sejak bulan lepas kumpulan terbabit mula memotong anggota badan mangsa. – BERNAMA

VIDEO LAIN: Mayat Tanpa Kepala Ditemui Dalam Beg Di Pulau Pinang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori