Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Produk Ciptaan Guru &...

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka gabungan idea dan usaha guru dan pelajar sebuah...

21 Jun Pengurusan Kes...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 21 Jun bagi...

Pejabat Hospital Mata Di...

GEORGETOWN - Ruang pejabat di tingkat dua bangunan hospital pakar mata swasta di...

Perintah Gaji Minimum Berkuat...

KUALA LUMPUR - Perintah gaji minimum baharu sudah diwartakan dan akan berkuat kuasa...

Kes Denggi Di P.Pinang Meningkat 171.26 Peratus

GEORGETOWN – Kes denggi di Pulau Pinang meningkat sehingga 171.26 peratus dengan 2,558 kes direkodkan sepanjang Januari hingga 6 Dis ini berbanding hanya 943 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Exco Kesihatan Negeri, Dr Afif Bahardian berkata dalam tempoh itu sebanyak tujuh kematian akibat denggi direkodkan berbanding lima dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata sebanyak 34 lokaliti wabak terkawal dilaporkan di negeri ini iaitu daerah Timur Laut membabitkan Taman Sri Pinang, Taman Free School, Jalan Lim Eow Thoon, Jalan Sungai Ujong, Taman Manggis, Taman Kheng Tian, Kuarters PBA Jalan Padang Tembak, Jalan Wright dan Pengkalan Weld.

Daerah Timur laut membabitkan Jalan Haji Hashim Imam, Jalan Datuk Keramat, Lorong Abu Siti, Halaman Kristal, Sinar Bukit Dumbar, Pangsapuri Alimshah Walley, Sri Saujana Apartment, Bellisa Court, Greenlane Heights Apartment, Kampung Cetty dan Taman Alor Vista.

Daerah Barat Daya ialah di Mutiara Perdana, Persiaran Mayang Pasir, Taman Sahabat, Kampung Masjid Teluk Kumbar, Flat Lengkok Mahsuri, Blok J Permatang Damar Laut dan Kampung Perlis.

Daerah Seberang Perai Utara membabitkan Taman Bunga Tanjung, Bagan Jermal,Taman Melur dan Pangsapuri Aman sementara daerah Seberang Perai Tengah ialah Kampung Besar, Kampung Jalan Baru dan Taman Permata.


Dr Afif meminta masyarakat setempat supaya mengambil langkah pencegahan dengan mengadakan aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan sekitar serta membenarkan anggota jabatan kesihatan menjalankan semburan kabus di dalam rumah.

Katanya masyarakat setempat turut digalakan menggunakan repelan atau memakai baju dan seluar panjang ketika menjalankan aktiviti luar serta menyembur aerosol di dalam rumah atau memasang skrin pada tingkap.

Beliau menasihatkan mereka supaya segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit denggi seperti sakit badan atau sendi, mengalami muntah, ruam pada kulit dan kurang selera makan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori