Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mohon Maaf Video Ayat...

DISEBABKAN penyebaran video temuramahnya bersama beberapa individu demi mempromosikan sebuah produk, pelakon Zalfa...

Kerajaan Perlu Ikut Ketetapan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Suami Ugut Bunuh Isteri,...

MIRI - Seorang lelaki berusia 40 tahun yang mengancam hendak membunuh isteri dan...

Kekurangan Murid Pada Awal...

SEREMBAN - Kekurangan murid di sesebuah sekolah tidak dapat dielakkan kerana pelbagai faktor,...

Kes 4 Individu Sokong IS Ke Mahkamah Tinggi

SHAH ALAM – Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan pihak pendakwaaan untuk memindahkan kes empat individu termasuk pasangan suami isteri yang didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Negara Islam (IS), ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan kes itu di mahkamah tinggi berkenaan.

Pada prosiding hari ini, kes terhadap Muhammad Fadhil Ibrahim, 24 dan Nazhatulshima Sahak, 44, dijalankan di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin.

Pertuduhan ke atas Muhammad Na’eem Apandi, 24, dan Amir Azlan Zainudin, 48, iaitu suami Nazhatulshima, dilakukan di hadapan Majistret Ellyana Razali.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka cuba memberi sokongan kepada kumpulan militan itu dengan cara membeli tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke Istanbul, Turki.


Mereka didakwa hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kumpulan berkenaan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Hakim Sdn Bhd, Jalan Zirkon E7/E, Seksyen 7 di sini, kira-kira 10.50 malam pada 13 Okt lepas.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz mengendalikan pendakwaan yang dibuat mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori