Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Melayu Di KL Berhadapan...

KUALA LUMPUR - Jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu di Wilayah Persekutuan...

Pemandu Teksi Kulim Sedia...

KULIM - Lebih 80 pemandu serta pengusaha teksi dan bas ekspres di stesen...

IKEA Tarik Balik Buaiannya...

KUALA LUMPUR - IKEA hari ini menggesa pelanggannya yang mempunyai buaian kanak-kanak GUNGGUNG...

Polis Terima Laporan Dakwa...

POLIS menerima dua laporan berhubung dakwaan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri...

Kes Islam, Perlu Bicara Di Mahkamah Syariah – Jamil Khir

KUALA LUMPUR – Kes-kes yang melibatkan hal ehwal Islam, perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata setiap mahkamah telah diagih bidang kuasa masing-masing dan jika wujud sebarang kemusykilan, hal-hal berkaitan undang-undang dan mahkamah itu perlu dirujuk semula kepada asasnya, iaitu perlembagaan negara.

“Kita juga tidak bersetuju kalau kes-kes berkaitan Islam nak dibicarakan di Mahkamah Sivil. Ini kerana sudah ada pembahagian dan persefahaman awal sejak kemerdekaan,” katanya kepada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Waqaf 2014 di sini, pada Isnin.

Jamil Khir berkata demikian sebagai mengulas surat terbuka 25 bekas pegawai tinggi Melayu yang antara lain menyifatkan beliau telah mengheret institusi Islam untuk dibicarakan di Mahkamah Sivil. Surat terbuka daripada bekas pegawai tinggi termasuk Tan Sri Abdul Rahim Din, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar selain beberapa bekas duta, disiarkan media pada Isnin.

Dalam surat terbuka itu, mereka turut mendesak supaya Undang-undang Jenayah Syariah dinilai semula kerana sistem perundangan plural yang wujud sekian lama, menimbulkan pelbagai konflik dan pertindihan antara undang-undang sivil dan syariah.


“Undang-undang berkenaan yang mengkanunkan pelbagai ‘dosa peribadi’ sebagai jenayah telah membawa kepada kekeliruan dan percanggahan dari aspek substantif serta pelaksanaan,” menurut surat terbuka tersebut.

Jamil Khir bagaimanapun menegaskan tindakan mempertikaikan bidang kuasa setiap mahkamah hanya bermaksud cubaan mencari keadilan untuk diri sendiri. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori