Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Kadar Sewa Pejabat Hong...

HONG KONG - Hong Kong kekal memiliki pasaran pejabat termahal pada 2019 walaupun...

48 Kes Demam Campak...

KUCHING - Jabatan Kesihatan Sarawak mengesahkan sebanyak 48 kes positif demam campak dilaporkan...

Qantas Cipta Rekod, 3...

SYDNEY – Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas hari ini mengesahkan mereka mencipta sejarah...

Sekolah Ditutup Jika IPU...

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing...

Kesatuan Imigresen Minta Tambah Baik Skala Gaji

KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengemukakan sebanyak sembilan kertas cadangan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi memperkasakan hal ehwal kebajikan dan integriti Jabatan Imigresen (imigresen).

Presidennya, Khairil Niza Khairudin berkata, antara cadangan yang diusulkan oleh KPISM adalah penambahbaikan skim perkhidmatan imigresen dan skala gaji pegawai imigresen.

Menurutnya, cadangan lain adalah pembayaran insentif khas dan insentif penguatkuasa kepada pegawai imigresen, pembinaan dan penambahbaikan kuarters Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kertas kerja itu turut mencadangkan pemantapan logistik bagi tujuan penguatkuasaan dan kawalan imigresen dan mewujudkan pejabat-pejabat cawangan imigresen di lokasi strategik berdasarkan jumlah populasi kebanjiran pendatang asing.

“Turut dicadangkan pembinaan Akademi Imigresen yang baharu yang dilengkapi kemudahan latihan yang canggih dan terkini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Khairil Niza berkata, kertas kerja itu disampaikan kepada Ahmad Zahid pada 17 Disember lalu di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya pada pukul 4.45 petang.

Jelas beliau,Menteri Dalam Negeri menyambut baik cadangan itu dan menyarankan supaya pertemuan diadakan dengan KPISM setiap enam bulan sekali bagi melihat perkembangan perlaksanaan cadangan tersebut.

  • Lagi berita berkaitan:
  • Gaji

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori