Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Yayasan Pahang Beri Bantuan...

KUANTAN - Pelajar tajaan Yayasan Pahang di Mesir dan Jordan akan menerima bantuan...

Teksi New York Saman...

PERTELINGKAHAN antara pemandu perkhidmatan Uber dan pemandu teksi komersial di ibu negara kita...

APMM Tahan 8 PATI,...

LAHAD DATU - Usaha lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina menyusup...

Tidak Kisah Belanja Lebih...

BINTANG Hollywood, Cara Delevingne tidak kisah membelanjakan sebanyak RM565.57 juta demi menyambut hari...

Ketua Pengarah Baharu MSN Diumum Khamis Ini – Khairy

REMBAU – Kementerian Belia dan Sukan akan mengumumkan Ketua Pengarah baharu Majlis Sukan Negara (MSN) pada Khamis ini.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pengumuman itu akan dibuat beliau selepas mesyuarat Lembaga Pengurus MSN.

“Saya akan maklumkan perkara ini terlebih dulu kepada anggota Lembaga Pengurus MSN sebelum saya umumkan pelantikan Ketua Pengarah baharu MSN,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian hadiah ‘The Rembau Challenge 2014’ di sini, hari ini.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata beliau akan menemuduga lapan orang yang disenarai pendek bagi jawatan itu pada esok dan Selasa ini.

Beliau akan memaklumkan mengenai pemilihan ketua pengarah baharu itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu sebelum membuat pengumuman keesokannya.

Mengenai keraguan berhubung permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil, yang dikatakan tidak berkualiti untuk perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2014 Sabtu ini, Khairy berkata beliau sudah meninjau stadium itu pada Jumaat lepas dan mendapati adanya peningkatan kekuatan pada akar rumput padang itu.


Namun, beberapa penjuru padang masih belum mempunyai tumbuhan rumput yang mencukupi dan perkara itu sudah beliau maklumkan kepada Perbadanan Stadium Malaysia.

Menurutnya Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) Datuk Azzuddin Ahmad dan Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin membuat tinjauan padang Stadium Nasional Bukit Jalil semalam dan berpuas hati dengan keadaannya.

Mengenai imbuhan jika Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2014, beliau berkata para pemain pasti diberi imbuhan.

“Tetapi jangan kerana imbuhan, pemain kita nak menang. Pemain kita mesti menang sebab mahu bawa kebanggaan kepada negara,” katanya sambil menyatakan keyakinan beliau terhadap jurulatih Dollah Salleh dan pasukannya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori