Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Reman Suspek Bakar Pusat...

KUALA LUMPUR - Tempoh reman tujuh remaja disyaki terlibat dalam kes kebakaran Pusat...

Bapa Cari Pelaku Video...

BAGI kanak-kanak, sambutan Hari Raya Aidilfitri sangat ditunggu-tunggu kerana dapat pulang ke kampung...

Perang Bendera Di Terengganu...

KUALA TERENGGANU - Memasuki Terengganu, seperti juga di negeri lain pada musim Pilihan...

Ramai Ibu Bapa AS...

NAMA bayi perempuan paling popular setakat ini di Amerika Syarikat ialah Emma, Olivia...

Ketua Pengarah Jasa Terkena Serangan Jantung

KUANTAN – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan dipercayai terkena serangan jantung ketika menghadiri majlis makan malam bersempena penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.15 malam, Fuad, 62, yang duduk semeja bersama Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh,tiba-tiba pengsan namun sempat disambut Penasihat Undang-undang KKMM Yang Zaimey Yang Ghazali.

Menurut Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab, beberapa pegawai kanan kementerian yang melihat keadaan itu segera memberi pertolongan cemas.

“Mereka cuba memberi pertolongan cemas sebelum menghantarnya ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zakaria berkata, setelah berada dalam keadaan stabil, Fuad dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini kira-kira pukul 2 pagi untuk rawatan lanjut dengan diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  dan pegawai kanan kementerian.

Fuad kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dijangka dibawa ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

Program pemukiman itu diadakan selama dua hari sejak Jumaat lepas, dan Fuad pada awalnya merancang untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis makan malam itu. – BernamaKUANTAN – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan dipercayai terkena serangan jantung ketika menghadiri majlis makan malam bersempena penutupan Program Pemukiman Transformasi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu, malam tadi.


Dalam kejadian pukul 11.15 malam, Fuad, 62, yang duduk semeja bersama Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh,tiba-tiba pengsan namun sempat disambut Penasihat Undang-undang KKMM Yang Zaimey Yang Ghazali.

Menurut Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab, beberapa pegawai kanan kementerian yang melihat keadaan itu segera memberi pertolongan cemas.

“Mereka cuba memberi pertolongan cemas sebelum menghantarnya ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Zakaria berkata, setelah berada dalam keadaan stabil, Fuad dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini kira-kira pukul 2 pagi untuk rawatan lanjut dengan diiringi Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan pegawai kanan kementerian.

Fuad kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dijangka dibawa ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

Program pemukiman itu diadakan selama dua hari sejak Jumaat lepas, dan Fuad pada awalnya merancang untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri majlis makan malam itu. – BERNAMA

VIDEO: MEMAHAMI TANDA-TANDA SERANGAN JANTUNG

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori