Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Ahli Politik Australia Dituduh...

CANBERRA - Seorang anggota pembangkang Parti Buruh Australia (ALP) dituduh melakukan perbuatan salah...

Maut Dirempuh, Digilis Treler...

MALANG nasib seorang lelaki apabila dia dirempuh oleh sebuah treler secara tiba-tiba ketika...

Kantoi Curi Lembu, Kereta...

KEPALA BATAS - Dua lelaki gagal mencuri dua lembu apabila tindakan mereka disedari penduduk...

Mangsa Banjir Di Sabah...

KUALA LUMPUR - Sabah masih mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir, manakala keadaan di Pahang...

Khalid Ismath Tak Cover, Agungkan Syiah Sempena Arbain

Susulan berita ‘kelibat’ bendera Malaysia berkibar di Karbala, Iraq sempena sambutan Arbain oleh pengikut Syiah yang berakhir kira-kira tiga hari lalu, hari ini seorang aktivis mahasiswa kontroversi dilihat tampil mengagung-agungkan fahaman berkenaan.

Bagaimanapun tindakan Khalid Ismath ini taklah pelik memandangkan dia sudah lama dihebohkan salah seorang pengikut Syiah ekoran status di laman sosialnya yang cenderung memuji fahaman itu.

Pada 2012, sebuah laman blog juga pernah memaparkan gambar Khalid menulis di laman Facebooknya kata-kata pujian kepada tokoh Syiah ialah Ayatullah Khoemini.

MENARIK – 17 Juta Syiah Sambut Arbain Di Karbala, Orang M’sia Pun Ada?!

“Tidak ada sudah selain darimu yang bisa membuatkan aku tenang selepas melihat raut wajahmu, kau pewaris baginda SAW, kau pewaris Imamnya Ali dan seluruh Imam-imam yang suci,” kata Khalid di laman Facebooknya pada masa itu.

khalid3

Sabtu lepas, di laman Facebooknya, Khalid dilihat mengagungkan perayaan Arbain yang diraikan penganut Syiah di Karbala bagi meratapi pemergian cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hussein namun digelarkan Imam Hussain di kalangan penganut Syiah.

Turut disertakan, status berbaur bangga bahawa Karbala dilawati 18 juta pengunjung tahun ini bersama kredit kepada si pemberitahu iaitu penulis terkenal Faisal Tehrani, yang juga biasa dikaitkan sebagai penganut fahaman Syiah.

KhalidArbain_2


Berdasarkan sejarah pertengkaran Khalid di laman sosial, dia dilihat sanggup bertegang leher bagi membela Syiah dan pernah juga mengaku, dia memang pengikut fahaman yang ditolak oleh pengikut ahli Sunah Wal Jamaah itu.

Khalid Ismath Mengaku Syiah

Berkenaan perayaan di Karbala, timbul tanda tanya apabila dalam kira-kira 17 juta manusia fahaman Syiah yang hadir meraikan Arbain tahun ini, kelihatan beberapa bendera Malaysia turut dikibarkan di sana.

Sedangkan rata-rata umat Islam di negara ini sudah pun tahu, fahaman Syiah diwartakan sebagai sesat dan menyalahi ajaran Islam sebagai mana diajarkan rasulullah.

Malaysia, pada dasarnya berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah dan mengikut mazhab Imam Shafie. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori