Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Program Dampingi Masyarakat ‘Armada...

KUCHING - Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan program 'Armada Pemuda...

Lima Ditahan, Disyaki Rompak...

KUALA LUMPUR - Polis berjaya memberkas lima daripada enam suspek yang dipercayai merompak...

Amaran Tegas AMK Kepada...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran kepada ahli UMNO supaya...

Wajibkan Pemilik Hotel, Restoran...

KUALA LUMPUR - Pemilik hotel dan restoran hendaklah diwajib mendapatkan notis pengesahan daripada...

Keajaiban Pelukan Ibu, Bayi Disangka Mati Kembali Bernafas

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada akhirnya.

Hati wanita mana yang tidak terusik tatkala anak yang dilahirkan tiba-tiba dikhabarkan tidak mempunyai denyutan jantung dan tiada nafas.

Pastinya luluh hati seorang ibu apabila menerima berita kematian zuriat yang di nanti-nantikan selama ini, meskipun tahu Allah menjanjikan syurga buat anak-anak kecil ini.

Ini sebuah kisah benar yang amat memilukan lagi mengejutkan dunia.

https://www.youtube.com/watch?v=uvDWqFbccVM

Seorang ibu yang baru melahirkan sepasang kembar pada mulanya terpaksa menerima ketentuan Ilahi salah seorang anaknya didapati tidak bernafas ketika dilahirkan.

Namun, siapa mampu menolak keajaiban yang berlaku hasil doa pengharapan seorang ibu.

Dikhabarkan, ketika ibu tersebut memeluk anaknya buat kali terakhir sambil menangis dan berdoa, berlaku keajaiban apabila anak yang disangka sudah meninggal dunia itu tiba-tiba kembali bernafas lalu mengeluarkan tangisan seorang bayi.


Para doktor dan kakitangan hospital yang melihat insiden tersebut, turut menangis dan tersentuh melihat keajaiban tersebut.

Para ulama menafsirkan kejadian tersebut adalah bukti kekuasaan Allah, selain dari segi Sains kehangatan tubuh seorang ibu serta bunyi detak jantungnya mampu memberi pengaruh positif pada si anak.

Ibu, sememangnya insan yang dianugerahkan Ilahi mempunyai naluri istimewa terhadap anak-anak yang dikandungnya.

Oleh sebab itu, kita dilarang sama sekali menyakiti dan melukakan hati seorang ibu kerana pengorbanan dan kasih sayang mereka terhadap kita sangat luar biasa.- MYNEWSHUB.CC

VIDEO BAGAIMANA BAYI DIKELUARKAN
https://www.youtube.com/watch?v=MrXlqdE_Sis

Oleh : FARAH

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ibu

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori