Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram...

KUALA LUMPUR - Mana-mana negara sekali pun akan menjalankan siasatan terhadap rakyatnya yang...

Kerusi Maut: 31 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengambil keterangan 31 individu berhubung kejadian seorang remaja...

Salleh Bidas Catatan Tun...

PUTRAJAYA - Berikut kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said...

Larikan Anak: Bapa Saman...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa memfailkan saman terhadap bekas isterinya, kerajaan dan lima...

Kisah Sebenar Kucing Digantung Di Sibu Terbongkar!

SEMALAM kecoh di media sosial perihal seekor kucing hitam yang digantung di hadapan sebuah rumah di Jalan Lada, Sibu.

Rata-rata pencinta kucing meluahkan perasaan marah dan kecewa apabila melihat binatang kesayangan nabi itu diperlakukan dengan kejam.

Insiden tersebut, menyebabkan pihak polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat makluman daripada orang awam.

CAT

Bagaimanapun, setelah disiasat, pemilik rumah berkenaan menafikan perbuatan kejam tersebut dilakukan olehnya.

Pemilik rumah, 39, yang juga seorang ahli perniagaan memberitahu dia telah menerima beberapa ancaman menerusi panggilan sebelum kejadian itu.

Malah dia sendiri turut terperanjat dengan ‘kes kucing’ tersebut kerana, dia tiada di rumah ketika kejadian kerana keluar dari bandar Sibu untuk mencari tempat perlindungan ekoran ancaman diterima.


Dia hanya pulang ke rumahnya kelmarin, itu pun menggunakan kereta sewa kerana bimbang dikesan pihak yang mencarinya.

Untuk makluman, pemilik rumah tersebut pernah diculik dan dicampakkan ke sungai dalam keadaan tangan diikat dan mata ditutup Oktober lalu, namun mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, Persatuan Pencegah Penganiayaan Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA), Donna Wee melahirkan perasaan kesal atas tindakan tidak berperikemanusian dengan menggantung kucing untuk membuat ugutan.

“Ini adalah keganasan terhadap haiwan dan perbuatan itu jelas amat jahat dan tidak berperikemanusiaan.

“Memandangkan ia masih di bawah siasatan polis, kami berharap mereka dapat menangkap individu yang bertanggungjawab serta membawanya ke muka pengadilan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO KUCING DIJADIKAN LAUK UNTUK DIMAKAN
https://www.youtube.com/watch?v=Uz6xgl2z3II

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori