Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tok Batin Diugut Undi...

BIADAB... Kelmarin calon Pakatan Harapan (PH) M. Manogaran dari DAP bersikap rasis apabila...

Tumor Seberat Budak 4...

INDIA – Seorang wanita yang pernah cuba membunuh diri, kini menjadi manusia paling...

Pemandu Tersepit Lebih 4...

SHAH ALAM - Selepas lebih empat jam seorang pemandu lori tersepit apabila sebahagian...

Tayang Baby Bump, Sharifah...

PERKONGSIAN gambar pelakon dan jurulatih kecergasan, Sharifah Sakinah menerusi akaun Instagram yang memperlihatkan...

Ibrahim Ali Gelar ‘Bangsat’.. “Saya Wakil Rakyat, Dia Siapa?” – KJ

Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, enggan menghiraukan cercaan daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali terhadapnya.

Memetik kenyataannya yang disiarkan portal MStar, KJ menyifatkan banyak pihak lain turut melakukan serangan sedemikian terhadap dirinya justeru beliau enggan memperbesarkan kenyataan tersebut.

Saya mungkin telah melakukan sesuatu yang betul apabila dikritik oleh Perkasa dan kumpulan-kumpulan tertentu yang lain.

“Saya dituduh bersifat perkauman seperti, ada yang kata saya terlalu melindungi orang Melayu ketika dalam ucapan saya (baru-baru ini) di Perhimpunan Agung Umno.

“Sekarang, Perkasa memanggil saya bangsat kerana saya dikatakan tidak melindungi orang Melayu.”

Kenyataan ‘keras’ itu dikeluarkan Ibrahim pada ucaptama persidangan tahunan kelima Perkasa pada Ahad lalu. Sehari kemudian, wartawan mengajukan soalan reaksi KJ terhadap gelaran tersebut.

Saya tidak rasa apa-apa. Saya tidak akan berbuat apa-apa. Apa yang dia kata tidak penting kepada saya.

“Saya seorang wakil rakyat. Dia siapa?”.MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori