Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kenaikan Harga Barangan Bukan...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata isu kenaikan...

United Pecat Mourinho

LONDON - Manchester United memecat pengendalinya, Jose Mourinho berikutan persembahan longlai yang ditampilkan...

Petugas, Peserta Larian Dirempuh...

BAYAN BARU- Seorang petugas kawalan lalu lintas cedera di bahagian kepala selepas motosikal...

9 Mei Rayuan Guru...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan akan memutuskan bulan depan sama ada untuk memerintahkan seorang...

K’jaan Cuma Peruntuk RM9.3 Juta Untuk Bencana Tidak Benar

KUALA LUMPUR – Dakwaan kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi keutamaan kepada bantuan bencana negara dan hanya memperuntukkan RM9.3 juta untuk pengurusan bencana dalam Bajet 2015 satu tohmahan yang tidak benar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah berkata, peruntukan RM9.3 juta yang dirujuk dalam dakwaan itu cuma peruntukan belanja mengurus yang disediakan untuk membiayai kos pengurusan Bahagian Bencana Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta pembayaran gaji dan elaun kakitangan.

“Adalah ditegaskan dana untuk menghadapi bencana telah disediakan dibawah Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Bencana Negara yang diuruskan oleh MKN. Untuk makluman, baki tabung ini pada 15 Disember 2014 (sebelum banjir berlaku) berjumlah RM217 juta.

“Malah dalam Bajet 2015, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM70 juta sebagai tambahan ke dalam tabung tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Irwan menjelaskan, peruntukan tambahan boleh disediakan oleh kerajaan dalam keadaan bencana yang lebih serius


Malah, katanya, bagi membantu mangsa banjir kali ini, di samping dana sedia ada yang disediakan dalam tabung yang dikelolakan oleh MKN, Kementerian Kewangan turut menyalurkan peruntukan khas melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebanyak RM50 juta pada 24 Disember lalu.

Jelas beliau, peruntukan itu dikendalikan oleh Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Disember 2014 meluluskan tambahan dana berjumlah RM500 juta untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang akan diuruskan oleh MKN.

“Dengan penjelasan ini, Kementerian Kewangan berharap rakyat mendapat maklumat yang tepat dan jelas mengenai peruntukan bagi pengurusan bencana,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori