Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ikan Paus Terdampar Di...

KOTA KINABALU - Seekor ikan paus, sepanjang kira-kira 4.5 meter dan dianggarkan seberat...

Janji Pembangkang Sekadar Madu...

MUAR ā€“ Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan janji-janji parti pembangkang sekadar ā€œmadu...

Rambutan Anak Sekolah: Dari...

SEJAK sembilan tahun lalu kehidupan penduduk tiga rumah panjang iaitu Helary Nyelam, Nimong...

Vaksinasi Lengkap Untuk Nikmati...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, menetapkan semua kemudahan diumumkan sebelum...

Kerajaan Disaran Pertimbang Cadangan Kembalikan ISA

KUALA LUMPUR – Undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, amat diperlukan bagi menangani anasir-anasir subversif, sekali gus memastikan keharmonian dan kestabilan sesebuah negara.

Beberapa penganalisis politik tanah air berpendapat ISA, yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011, sebenarnya masih relevan dan kerajaan disaran mempertimbangkan saranan agar ISA dikembalikan bagi mengekang tindakan pihak tertentu mengganggu-gugat keselamatan negara selain menangani perlakuan subversif.

Bagi menggantikan ISA serta memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan dan kerukunan hidup rakyat dan negara, dua undang-undang baharu iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau ringkasnya SOSMA dan Akta Perhimpunan Aman 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada 2012.

Seperti yang dinyatakan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad baru-baru ini bahawa keputusan kerajaan memansuhkan ISA sebagai satu kesilapan dan kerajaan harus mempertimbang keperluan untuk mengadakan semula akta tersebut tanpa takut kepada kritikan mengenainya.

Perlukah ISA dikembalikan?

Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Jabatan Perdana Menteri Prof Dr Jayum Jawan berkata, akta seperti ISA sememangnya diperlukan untuk sesebuah negara menangani pelbagai ancaman baharu yang menggugat ketenteraman awam dan kestabilan politik.

“Daripada satu sudut, undang-undang seperti ISA bersifat menyekat sesuatu perbuatan walaupun ia masih di peringkat perancangan (belum dilakukan lagi).

“ISA mampu menentang perbuatan subversif kerana sifatnya yang boleh dirumuskan sebagai tahan dulu, bukti kemudian berbanding amalan biasa jika ada bukti baru boleh tahan (prinsip tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah),” katanya.

Namun, yang menjadi kebimbangan sesetengah pihak adalah penyalahgunaan ISA untuk tujuan selain daripada menangani ancaman keselamatan.

Katanya ini kerana ISA sebelum ini didakwa sebagai terlalu mudah digunakan terhadap lawan politik terutama apabila ada pihak yang merasakan kedudukan politik mereka terancam.

ISA PENYUMBANG KEAMANAN, KESTABILAN NEGARA

Bagi pensyarah Kanan Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Md Shukri Shuib berkata ISA menyumbang kepada keamanan dan kestabilan rakyat di negara ini.

“ISA bersifat mencegah sebelum parah namun malangnya ia dibubarkan ekoran janji politik. Falsafah di sebalik kemudahan sesebuah akta perlu difahami setiap pemimpin agar akta yang disifatkan sebagai benteng utama negara tidak dijadikan korban hanya kerana agenda politik.

“Pemansuhan ISA juga bermaksud tiada lagi peluang besar untuk kerajaan menggubal akta sekukuh ISA disebabkan faktor komposisi pembangkang di Parlimen semakin bertambah. ISA sepatutnya diperkukuhkan dengan beberapa penambahbaikan,” katanya kepada Bernama.

Pada masa sama, Md Shukri berkata sesebuah undang-undang atau akta perlu bersifat menjuarai elemen mempertahankan keselamatan negara dan faktor ‘akta lama yang sudah lapuk’ tidak wajar dijadikan isu untuk akta berkenaan dimansuhkan.

“Amerika Syarikat mempunyai akta seumpama ISA, dikenali sebagai ‘Patriot Act’. Mereka bukan sahaja menahan rakyat mereka yang disyaki terlibat dengan jenayah subversif bahkan turut menahan rakyat dari negara lain yang dianggap menggugat keselamatan mereka.

“Persepsi antarabangsa mendesak kita memberi kebebasan penuh sedangkan mereka sendiri melanggar hak asasi manusia berkali-kali dan berterusan melakukannya. Justeru, Malaysia tidak harus tunduk dengan tekanan antarabangsa yang sememangnya mahu ISA dimansuhkan,” katanya.


Bersependapat dengan Md Shukri, Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata ISA masih relevan dalam konteks pencegahan terutama melibatkan pelbagai anasir negatif, yang berleluasa sehingga membawa kepada kerosakan negara.

ISA DIPERLUKAN UNTUK KAWAL NEGARA

Katanya keadaan menjadi sukar apabila terdapat pihak tertentu menggunakan media sosial termasuk mempunyai rangkaian antarabangsa yang sukar dikawal.

“Justeru, keperluan kepada undang-undang pencegahan seperti ISA amatlah diperlukan bagi mengawal negara daripada kumpulan yang cuba merosakkan keharmonian dan kestabilan negara.

“ISA sebetulnya amat sesuai untuk mencegah anasir subversif seperti komunis, ektremis agama serta ektremis politik. Undang-undang yang ada pada hari ini kurang berkesan sebagai mekanisme pencegahan kerana ia terpakai apabila seseorang itu ditangkap dan diambil tindakan sahaja sedangkan apabila sesuatu berlaku, kemungkinan ia telah membawa kerosakan besar kepada negara,” katanya.

Daripada satu aspek kebebasan bersuara, Jayum berkata keputusan kerajaan memansuhkan ISA merupakan satu tindakan tepat dalam memberi ruang demokrasi lebih luas kepada rakyat.

Beliau berpendapat setelah 57 tahun negara merdeka dan meneliti amalan demokrasi negara, rakyat merasakan diri mereka sudah cukup matang untuk berpolitik dalam suasana baharu selain faktor ISA yang sering disalahguna oleh pihak tertentu, menyumbang kepada desakan menuntut pemansuhan ISA.

“Pemansuhan ISA adalah satu kredit kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukti beliau mendengar suara dan tuntutan rakyat.

“Namun, mungkin apa yang tidak terbayang ketika itu (keputusan memansuhkan ISA) ialah kecekapan dan keberkesanan anggota keselamatan dalam menangani pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara akan terjejas apabila tiada ISA.

“Ini kerana pemansuhan dibuat secara tiba-tiba dan selama ini pihak keselamatan bergantung kepada akta ini. Apabila ISA tiada, mungkin persediaan untuk mengisi kekurangan itu memerlukan usaha giat dan sedikit masa,” katanya.

“Justeru, pihak keselamatan perlu diberi kuasa supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan dalam meningkatkan kepercayaan awam bahawa negara dalam keadaan selamat dan bebas daripada ancaman pihak tidak bertanggungjawab.

“Sekiranya kerajaan berhasrat memperkenalkan undang-undang seperti ISA rakyat perlu diyakinkan bahawa ia tidak akan menjadi senjata politik untuk mengekang mereka bersuara termasuk menutup suara lawan politik. Selain itu, jaminan semakan (review) perlu ada supaya undang-undangƃā€šĆ‚Ā  baharu itu dikendalikan dengan penuh tanggungjawab,” katanya. – BERNAMA

VIDEO SAMPINGAN:

  • Lagi berita berkaitan:
  • ISA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori