Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Solat Kapasiti Penuh Di...

KUALA LUMPUR: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh mula dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini (Ahad, 17 Oktober).Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat minggu lalu.Kebenaran itu memperlihatkan keadaan semakin kembali normal di kebanyakkan tempat di dunia ini.

Pelajar Perlu Panduan Kendali...

KUALA LUMPUR - Pihak sekolah dan kolej perlu menyediakan platform untuk pelajar mereka...

UMNO-BN Tak Akan Mencontohi...

KUALA LUMPUR - UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan mencontohi Pakatan Harapan...

Proton Perdana Versi Baharu...

UNIK... Akhirnya setelah sekian lama, sebuah laman pemotoran tempatan, Funtasticko.net tampil dedah imej...

Shabery Menyarankan Powerbank Dalam Bantuan Mangsa Banjir

Berikutan mengenai prosedur operasi standard (SOP) ketika banjir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyarankan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mungkin boleh menambah powerbank dalam bantuan bekalan kepada mangsa banjir pada masa akan datang.

shabery-mangsa-banjir

Dengan menawarkan powerbank, ia akan membantu para pengguna untuk mengecas bateri telefon bimbit ketika terputusnya bekalan elektrik, dan pada masa yang sama membolehkan pengguna kekal berhubung dengan ahli keluarga mereka.

Mungkin ia tidak akan diedarkan kepada keseluruhan penduduk yang terkesan, tetapi terhad kepada beberapa unit di sesuatu kawasan.

Beliau turut menyarankan menambah beg tidur kepada mangsa banjir, dimana sesuatu lori boleh memuatkan sehingga hampir 1000 beg tidur dalam setiap penghantaran, dan lebih praktikal selain turut boleh menjadi tikar dan selimut.

Pada masa yang sama juga, mungkin pihak kerajaan turut boleh melihat kepada beberapa alternatif lain seperti menawarkan telefon bimbit yang bertahan lama terutamanya telefon seperti Nokia 130 yang menawarkan masa bertahan bateri hampir sebulan.

nokia


Serta cadangan kami juga agar beberapa syarikat telco membuka laluan bagi rangkaian lain di kawasan banjir, sebagai contoh sesetengah tempat hanya terdapat rangkaian Celcom sahaja manakala Maxis atau Digi tidak mempunyai saluran rangkaian yang kuat.

Jika boleh, syarikat telco tersebut membenarkan sambung beberapa syarikat telco lain kepada pencawangnya bagi menghubungkan transmitter tidak kiralah rangkaian tersebut bukan dari Celcom itu sendiri kepada kawasan-kawasan yang terjejas teruk ini-MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori