Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Jawab Lagi Tengku...

Dari Facebook Najib RazakTENGKU Zafrul dan kerajaan PN ini tak berbeza dengan Guan...

UTC Kedah Dapat Sambutan,...

ALOR SETAR - Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kedah nyata mendapat sambutan dan...

2 Dicekup Bersama 200...

SIK - Polis menahan dua lelaki berusia 30 tahun serta merampas 200 kilogram...

Beckham & Anak Kemalangan,...

Walaupun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun figura terkenal sukan bola sepak, David...

KL Bakal Miliki Servis Sewaan Kereta Elektrik Januari Ini

MENYAHUT seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjadikan Kuala Lumpur bandaraya bertaraf dunia, satu perkhidmatan sewaan kereta elektrik bakal diperkenalkan secara berfasa, bermula Januari 2015.

Dikenali sebagai projek ‘KL Electric A-gogo’, ia diharap merubah landskap sektor pengangkutan awam apabila perkhidmatan kereta sewaan secara ‘hijau’ dan selamat diperkenalkan kelak.

Peneraju projek mega tersebut, KL Electric Mobility Sdn Bhd mengumumkan pelaburan sebanyak RM1.5 bilion untuk mewujudkan 3,000 stesen dalam durasi masa dua tahun.

Bercakap ketika upacara menandatangani MOU antara syarikatnya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), CEO KL Electric Mobility Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman berkata, kawasan segitiga emas Kuala Lumpur jadi pilihan utama menempatkan servis berkenaan.

Ujarnya lagi, “Dalam fasa pertama pada awal 2015 nanti, 10 hingga 50 buah stesen bakal diwujudkan di sekitar bandar Kuala Lumpur sebelum usaha lanjut memperkenalkannya di kawasan LRT bagi memudahkan pengguna bergerak.”

IMG-20141218-WA0008

Setiap stesen akan menempatkan sehingga lima kereta bagi memudahkan pengguna melanggan servis berkenaan. Bukan itu sahaja, ia juga bakal dilengkapi alat mengecas kereta elektrik tersebut.

Dalam ucapannya, Suhaimi menjelaskan KL Electric A-gogo yang bakal wujud kelak merupakan yang pertama di Asia diperkenalkan secara total.

Walaupun permintaan pasaran masih kurang, beliau yakin projek tersebut bakal menerima sambutan menggalakkan.

Saya percaya, kenderaan elektrik akan memenuhi kawasan bandar dan penerimaan rakyat lebih besar. Saya juga yakin KL akan jadi bandaraya bebas karbon monoksida pada masa akan datang.”


20141218_153118

Sidang media yang dihadiri Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib (tengah) dan CEO KL Electric Mobility, Datuk Seri Suhaimi Abdul Rahman (empat dari kiri) pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, perkhidmatan tersebut merupakan pelan untuk mengurangkan pelepasan gas karbon monoksida sebanyak 40 peratus menjelang 2020.

Ujarnya lagi, “Ia juga akan jadi satu alternatif baru kepada mod pengangkutan awam dengan memberi lebih pilihan kepada warga kota.”

Perkhidmatan tersebut telah diperkenalkan di Perancis tiga tahun lalu dan dikenali sebagai Autolib. Ia dilaporkan mendapat sambutan baik pengguna dan bakal dibawa ke Amerika Syarikat sedikit masa lagi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

 

Iklan Perkhidmatan Kereta Elektrik ‘Autolib’ Di Perancis Yang Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Bermula Januari 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori