BERITA Kuala Lumpur diiktiraf di antara tujuh bandar terbaik dan ajaib di seluruh dunia oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), New7Wonders pastinya menjadi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia.
Dalam banyak-banyak pencalonan bandar dari seluruh negara, Kuala Lumpur tersenarai salah satu daripadanya termasuk enam bandar lain yang turut diiktiraf terbaik oleh New7Wonders iaitu Beirut (Lebanon), Doha (Qatar), Havana (Cuba), La Paz (Bolivia), Durban (Afrika Selatan) dan Vigan (Filipina).
Tapi, sebaik pengumuman rasmi dibuat di Dubai Ahad lalu, sehingga kini kementerian yang bertanggungjawab, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia masih lagi tidak membuat pengumuman rasmi mengenai kejayaan manis itu untuk dihebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Mengapa lambat untuk sesuatu yang sepatutnya kita semua banggakan?
Seharusnya, pihak yang berkaitan perlu segera memberikan respons di atas perkara itu, kerana bukan calang-calang pengiktirafan yang kita dapat ni.
Mungkinlah mereka hendak tunggu pengumuman rasmi yang akan dibawa Presiden New7Wonders, Bernard Weber di Kuala Lumpur nanti, tapi bukankah lebih baik pihak kementerian terus memberikan pengumuman rasmi mengenainya serta meraikan kejayaan bandar kita yang berjaya mengalahkan 1,200 pencalonan bandar lain dari serata dunia?
Buatlah kerja laju sikit….- MYNEWSHUB.CC
SENARAI SEMUA BANDAR YANG DICALONKANÂÂ