Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Selepas 9 Tahun ‘Couple’,...

AKHIRNYA, selepas sembilan tahun bercinta tanpa ikatan rasmi, pasangan pelakon Brad Pitt, 50,...

Pengguna Berkereta Ditawar Rebat...

KUALA LUMPUR - Pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta atau kenderaan dua gandar) yang...

Inkues Adib: 4 Peguam...

SHAH ALAM - Mahkamah Koroner di sini hari ini diperkenalkan empat peguam daripada...

Argentina Sahkan Kes Pertama...

BUENOS AIRES : Argentina mengesahkan kes pertama cacar monyet di Amerika Latin membabitkan...

Komando AS Gagal Selamat Dua Tebusan Di Yemen

SANAA – Dua tebusan warga Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan yang ditawan oleh militan al-Qaeda di satu lokasi di Yemen terbunuh selepas satu operasi khas oleh pasukan elit tentera AS bagi menyelamatkan mereka gagal, kata beberapa pegawai.

Seorang pegawai AS berkata, wartawan AS, Luke Somers, 33, dan seorang guru dari Afrika Selatan, Pierre Korkie, 57, cedera parah selepas ditembak oleh militan al-Qaeda pada awal pagi kelmarin.

Kedua-duanya meninggal dunia ketika dibawa keluar oleh pasukan anggota komando tentera AS ke sebuah lokasi selamat.

“Seorang tebusan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke kapal perang AS, USS Makin Island manakala seorang lagi mati semasa menerima rawatan di kapal berkenaan,” katanya.

Ujar pegawai itu, seramai 40 komando AS diturunkan daripada helikopter pada waktu malam, kira-kira 10 kilometer dari lokasi kedua-dua tebusan itu ditawan di wilayah Shabwa, tenggara Yemen.

“Mereka berjalan kaki ke lokasi sasaran tetapi kehadiran mereka disedari musuh kira-kira 100 meter sebelum sampai ke lokasi itu.


“Mereka bertempur dengan militan al-Qaeda selama 10 minit dan berjaya membunuh sekurang-kurangnya lima anggotanya,” kata pegawai itu.

“Tiada anggota komando AS yang terbunuh dalam serangan ini tetapi dua tebusan itu mati ketika dibawa ke lokasi selamat,” tambahnya.

Anggota komando Navy SEALs pada bulan lalu pernah melancarkan satu operasi untuk menyelamatkan kedua-dua tebusan tersebut yang diculik pada tahun 2013 tetapi gagal.

Bagaimanapun, dalam operasi kali ini, para pegawai Pentagon tidak mendedahkan pasukan elit mana yang terlibat dalam operasi menyelamatkan berkenaan. – AFP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori