Menerusi laporan Kompas.com, komunikasi terakhir juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta ialah pada jam 6.12 pagi waktu Indonesia.
Juruterbang itu memberitahu akan mengelakkan pesawat itu daripada awan tebal dengan membelok ke kiri.
Menurut Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmoto, ketika itu pesawat sedang berada pada ketinggian 32,000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya.
Pesawat terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (waktu Indonesia) dan pada jam 6.18 pagi, hanya ‘flight plan’ atau rencana penerbangan sahaja yang dapat dilihat.
Pada masa yang sama, ada ura-ura mengatakan pesawat tersebut jatuh terhempas di perairan Belitung Timur, namun belum dapat disahkan. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=RuWGJ4-vGXw
Oleh: ELZA
DISYORKAN BACA: