Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tupperware Diisytihar Bankrap

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular...

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan...

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik...

Anggota UMNO Jangan Hilang...

KUALA LANGAT - Anggota UMNO dinasihatkan supaya tidak hilang fokus dan terus bekerja...

Hidap Penyakit Pelik, Wanita...

SEORANG wanita muda yang redha menerima nasib malang dan ketentuan takdir terhadap dirinya...

Kongres Jejas Hasrat Obama Untuk Tutup Guantanamo

WASHINGTON – Hasrat Presiden Barack Obama selama lima tahun untuk menutup penjara persekutuan di Teluk Guantanamo di Cuba kini terjejas kerana tidak mendapat sokongan Kongres.

Pengerusi Perkhidmatan Bersenjata, Senator Carl Levin dari Michigan berkata rang undang-undang dasar pertahanan terakhir tidak mempunyai peruntukan yang memberi kuasa kepada presiden untuk memindahkan suspek keganasan ke Amerika Syarikat jika penjara itu ditutup.

Dewan Perwakilan dan Senat dijangka mengundi dan meluluskan rang undang-undang itu dalam tempoh beberapa hari, dan menghantarnya kepada Obama.

Obama sebelum ini berusaha untuk menutup penjara pasca peristiwa 9 September itu sejak pelantikannya pada Januari 2009.

Beliau mendapat tentangan hebat daripada anggota Republikan dan sesetengah anggota Kongres daripada parti demokrat yang memberi amaran bahawa suspek terbabit mungkin kembali kepada kegiatan keganasan selepas dihantar pulang ke negara masing-masing.


Penjara Guantanamo itu kini mempunyai 142 penghuni, termasuk 73 yang sudah pun diluluskan untuk pembebasan.

Bulan lalu, Pentagon berkata ia menghantar balik seorang warga Arab Saudi, Muhammad al-Zahrani ke negara asalnya. – AP

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori