Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemenang Pingat Emas Sukan...

SEOUL - Jang Hyun-soo - kapten Korea Selatan yang membimbing pasukan memenangi pingat...

Restoran Chef Wan Di...

SUNYI... Baru sekitar setahun sahaja dibuka, restoran Cef Wan di Esplanade, Singapura kini...

Daripada RM89,000, Baki Akaun...

MUAR: Wang simpanan bertahun-tahun berjumlah RM89,000 lesap begitu sahaja selepas seorang pesara lelaki...

Nelayan Pukat Rawa Surong...

ALOR SETAR - Dua nelayan yang menangkap ikan dengan bot rawa surong bertindak...

Korea Utara Gelar Barack Obama Monyet

Pyongyang – `Monyet’ merupakan gelaran yang diberikan oleh kerajaan Korea Utara kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, yang didakwa menyebabkan gangguan internet di negara berkenaan.

Pentadbiran Korea Utara diketuai pemimpinnya, Kim Jong Un, membidas Amerika Syarikat dengan menyifatkan Obama mengambil tindakan melulu dan keji.

Washington bagaimanapun menafikan ia ada kaitan dengan gangguan internet di Korea Utara, yang menyaksikan internet di seluruh negara itu `bergelap’ dan lumpuh sepenuhnya.

Kejadian itu berlaku selepas Pyongyang menuduh Amerika Syarikat menjadi perancang utama penerbitan filem The Interview, yang mengisahkan cubaan membunuh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Filem itu hampir dibatalkan tayangannya susulan serangan siber.

Namun ia ditarik balik dan ditayangkan di semua pawagam dan dalam talian pada hari Krismas lalu selepas mendapat sokongan daripada Obama.


Filem itu yang diarahkan Seth Rogen, memaparkan bagaimana dua wartawan Amerika Syarikat diberikan misi untuk membunuh Kim Jong Un.

Filem sindiran berbentuk komedi ini juga memaparkan Kim sebagai seorang yang berperangai keanak-anakan malah menangis apabila mendengar lagu Katy Perry.

Ia menyebakan Korea Utara `mengamuk’ kerana lagu itu mempersendakan pemimpin mereka.

Korea Utara juga dituduh melakukan serangan siber ke atas penerbit filem berkenaan, Sony Pictures hingga menyebabkan berpuluh ribu maklumat sulit dalam data komputernya digodam.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori