Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Tok Guru Masih Kenal...

DATUK Dr Haron Din mengatakan keadaan kesihatan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz...

Baju Wanita Muslim Dibakar...

SEORANG wanita dari Scotland terkejut apabila lengan bajunya dibakar  seorang lelaki yang tidak...

Wujudkan Badan Penasihat Agong,...

PUTRAJAYA - Sebuah badan pengurusan struktur perlu diwujudkan sebagai penasihat kepada Yang di-Pertuan...

Angkat Muafakat Nasional Jadi...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menggesa agar...

KPDNKK Agih Lebih 1,000 Tong Gas Memasak Di Kelantan

KOTA BAHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengagihkan lebih 1,000 tong gas memasak ke pusat pemindahan banjir di Kelantan mulai hari ini.

Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad berkata pihaknya sudah mendapat persetujuan beberapa pembekal yang bersedia menyumbangkan bekalan tong gas itu ke pusat pemindahan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.

“Sebanyak 200 tong gas akan diagih hari ini dan kita jangkakan lebih 1,000 lagi akan diagih dalam masa dua hingga tiga hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata KPDNKK juga akan menghantar bekalan makanan dan bekalan bukan makanan seperti gas memasak, petrol dan diesel menggunakan helikopter di kawasan yang terputus jalan darat akibat ditenggelami air.


Alias turut memberi jaminan bekalan barangan keperluan harian di negeri terlibat banjir mencukupi, manakala pegawai kementerian diarah memantau peniaga yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya.

“Peniaga kedai runcit yang menghadapi kekurangan bekalan barangan perlu segera menghubungi pembekal untuk menghantar barangan.

“Pemborong juga memberi jaminan barangan mencukupi untuk diedarkan kepada peniaga runcit,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori