Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

UPSI Dan Misi Menjadi...

TANJUNG MALIM - UPSI sebagai satu-satunya universiti pendidikan di tanahair menetapkan misi untuk...

Tol Di Jambatan ASEAN...

MIRI - Berkuat kuasa 1 Jun, kenderaan berdaftar di Malaysia yang menggunakan jambatan...

Pendapatan Kurang RM3,000 Akan...

KUALA LUMPUR - Dua juta isi rumah di Malaysia bersamaan 28.7 peratus yang...

2 Tren MRT Singapura...

SINGAPURA - Seramai 25 orang cedera, termasuk dua kakitangan SMRT selepas sebuah kereta...

KPTM Kerah Staf & Pelajar Bantu Mangsa Banjir Di Kelantan

KOTA BAHARU – Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Kota Baharu akan mengerahkan kakitangan dan pelajarnya membantu mangsa banjir di Kelantan yang kini semakin buruk.

Pengarahnya Mohamed Saifuddin Hussin berkata lebih 100 kakitangan dan pelajar kolej berkenaan akan membantu membersihkan rumah yang terjejas dan juga memberi bantuan makanan kepada mangsa.

“Apa yang kita lakukan ini adalah melalui program ‘KPTM Prihatin’ yang kitalakukan sejak beberapa tahun lalu tetapi kali ini kita bersedia untuk menggerakkan jumlah yang lebih besar dalam program ini.

“KPTM bersimpati dengan nasib penduduk yang terjejas dan mana-mana penduduk yang terjejas boleh menghubungi kami di talian 09-7462020,” katanya kepada pemberita selepas melawat seorang kakitangannya yang terjejas banjir di taman perumahan 13 Avenue Garden, Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini, hari ini.

Mohamed Saifuddin berkata pasukan bantuan kolej berkenaan telah ke beberapa tempat yang terjejas di Tumpat bagi menyusun gerak jentera melancarkan program berkenaan.

Jumlah mangsa banjir di lapan jajahan di Kelantan sehingga tengah hari ini dilapor lebih 21,000 orang.


Sementara itu seorang penduduk Che Minah Daud, 62, kesal kerana tiada mana-mana pihak termasuk wakil rakyat yang datang menjenguk masalah lebih 100
penduduk di kawasan itu.

“Kami sudah berpindah tiga hari. Hari ini pun air dalam rumah masih di paras betis. Kami tidak tahu dengan siapa kami perlu memohon bantuan menyelesaikan masalah banjir yang berlaku setiap tahun di sini,” katanya.

Beliau yang mempunyai seorang anak Orang Kelainan Upaya itu mengakui sukar untuk berpindah yang kini terpaksa menumpang di rumah anaknya di kawasan berhampiran.

Seorang lagi penduduk, Rusli Salleh, 45, menyediakan perahu bagi kegunaan penduduk di situ kerana khuatir keselamatan mereka apabila paras air banjir itu kini di paras pinggang orang dewasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori