Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Video: Lelaki Kejam Campak...

KEKEJAMAN terhadap haiwan merupakan antara isu yang sering terjadi serta masih belum dapat...

Lelaki Maut Terperangkap Dalam...

KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah banglo dua...

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR – Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar US...

Pandang Serius Masalah Kemudahan...

SEMPORNA - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong memandang serius permasalahan kemudahan...

Ku Nan Mungkin Tukar Nama Kuala Lumpur – DAP

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng mendakwa Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor tidak tahu sejarah kerana mempertikaikan erti nama Jalan Mahameru.

Beliau mendakwa, maklumat daripada Google memaklumkan nama Mahameru sangat besar ertinya bagi sejarah orang Melayu,

Justeru, beliau meminta Tengku Adnan dan seluruh warga kementerian itu membaca dan belajar kitab Sejarah Melayu kerana mendakwa nama-nama jalan yang mahu diubah itu tidak mempunyai erti.

“Ia tempat lahirnya keturunan Sang Nila Utama di Bukit Siguntang. Kalau malas baca Sejarah Melayu di Wikipedia juga ada.

“Sekiranya jalan raya yang sudah begitu masyhur dan lama pun boleh ditukar nama kerana tak ada erti, adakah selepas ini Ku Nan akan tukar nama Kuala Lumpur pula memandangkan kota raya ini bukan lagi kuala penuh lumpur,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Portal berita pro-pembangkang sebelum ini melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan memberitahu lapan jalan di Kuala Lumpur dinamakan semula nama bekas Yang di-Pertuan Agong kerana nama sedia ada “tidak ada erti”.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, setakat ini hanya dua sahaja nama sultan telah diabadikan sebagai nama jalan di Kuala Lumpur iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Sultan Sallehuddin.


“Jalan Mahameru? Apa (makna) mahameru? Orang Asli Mahmeri saya tahulah. Jalan Mahameru, tak tahu apa bendanya. Apa salahnya kita tukar, dan kita akan tukar lagi nama (jalan),” beliau dilapor berkata.

Lip Eng seterusnya mendesak Tengku Adnan dan Timbalannya, Datuk Loga Balan Mohan meminta maaf kepada Majlis Raja-raja kerana mengaitkan keputusan penukaran nama jalan baru-baru ini dengan Raja-Raja Melayu.

Dakwanya, tindakan itu membangkitkan kemurkaan Majlis Raja-raja kerana dituduh bertanggungjawab dalam hal yang begitu remeh tanpa usul periksa maka Menteri Wilayah Persekutuan wajar merafak sembah memohon ampun atas keterlanjuran timbalannya itu.

Dakwanya lagi, Tengku Adnan juga mesti memohon maaf kepada orang ramai kerana menimbulkan kekeliruan akibat kecuaian Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“`Ku Nan’ mesti memohon ampun kepada Majlis Raja-raja dengan segera. Beliau telah menimbulkan syak wasangka rakyat terhadap peribadi Raja-raja Melayu,” dakwanya.

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori