Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

98 Atlet, 9 Jurulatih...

KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan insentif...

Malaysia Sedia Uji Vaksin...

MALAYSIA menawarkan diri untuk menjadi negara penguji kepada ujian klinikal vaksin yang kini...

Ribuan Hadiri HPU UMNO-PAS...

KUALA TERENGGANU - Ribuan hadirin membanjiri Stadium Negeri malam ini bagi menyaksikan Himpunan...

Saya Jaga Semua Tak...

PORT DICKSON - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Port Dickson, Datuk Seri...

Ajaib..Kucing Masih Hidup Meskipun 36 Hari Tak Makan

Pelik lagi memeranjatkan!

Seekor kucing ditemui masih hidup meskipun terperangkap dalam sebuah kotak tanpa sebarang makanan dan minuman selama sebulan.

Kisah kucing ajaib bernama ‘Mee Moowe’ ini mengejutkan para doktor haiwan kerana secara logiknya tidak mungkin seekor kucing boleh hidup tanpa air atau makanan dalam tempoh yang lama.

19857069_Still

Pemilik kucing tersebut, Ashley Barth pada awalnya menyangka tidak akan berjumpa kucing peliharaannya lagi selepas kucing itu hilang pada September lalu sebelum Ashley berpindah ke rumah baru di Hawaii.

Menurut laporan WAVY-TV, Ashley Barth memberitahu kucing kesayangannya hilang ketika pekerja mengemas barang-barang milik keluarganya ke dalam kotak, untuk proses pemindahan dari Suffolk, Virginia ke Hawaii, perjalanan hampir 8,000 kilometer.


moving_boxes

Bagaimanapun, tempoh proses pemindahan tersebut mengambil masa 36 hari kemudian sebelum tiba ke Hawaii.

Ketika kotak tersebut tiba, Ashley terkejut apabila terdengar bunyi  ‘meow’ yang lemah ketika sedang mengeluarkan barang-barang daripada kotak.

Dia dengan segera mencari bunyi tersebut dan menjumpai kucing kesayangannya dalam sebuah kotak dalam keadaan yang menyedihkan kerana keadaan tubuh badannya yang sudah susut separuh dan lemah serta hampir tidak boleh berdiri.

Menurut doktor haiwan di Virginia dan Hawaii, tidak mungkin seekor kucing boleh hidup, selepas 36 hari tanpa air atau makanan, namun dalam kes ini, ‘Mee Moowe’ telah membuktikan ‘kebolehannya’. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori