Sehingga saat ini, banjir di beberapa negeri belum menunjukkan tanda-tanda akan reda, sebaliknya ada kawasan yang semakin dinaiki air.
Setakat ini, 90,250 mangsa banjir dilaporkan terpaksa berpindah, sekaligus menjadikan ia jumlah yang terbesar dalam sejarah negara.
Kelantan masih kekal sebagai negeri paling teruk terjejas setakat ini dengan jumlah mangsa terkini seramai 34,753 orang.
Laman sosial seperti Twitter dan Facebook juga terus dibanjiri dengan gambar-gambar yang dikongsikan oleh penduduk dan petugas media yang berada di negeri itu.
Sehingga petang ini, banyak lokasi utama di Kelantan khususnya di Kota Bharu masih lagi dinaiki air. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=r2u63jF9_uU
Oleh: ELZA