Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PRK KKB: Polis Buka...

SHAH ALAM: Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh...

‘Superman’ Beri Keterangan Lebih...

KUALA LUMPUR - Polis merakam keterangan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau, yang...

Usah Pertikai Keputusan Peguam...

KUALA LUMPUR - Semua pihak harus menghormati dan tidak mempersoal keputusan Peguam Negara...

ISN Kecewa Tindakan Penembak...

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) melahirkan kekecewaan terhadap tindakan tiga penembak...

Lantai Kompleks KDN Retak Akibat Perubahan Suhu Bawah Tanah

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang berurusan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Jalan Duta di sini hari ini terkejut apabila lantai seluas sembilan meter persegi di ruang legar bangunan itu mengalami keretakan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 petang itu dipercayai akibat perubahan suhu tanah di bawah kawasan lantai itu berikutan perubahan cuaca.

“Beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas tiba di kompleks itu pukul 4.11 petang untuk membuat pemeriksaan dan mendapati bangunan itu masih selamat untuk digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata bangunan itu masih dalam tempoh jaminan kontraktor pembinaan selama lima tahun.


“Bangunan ini baru empat tahun diduduki dan berdasarkan temu bual dengan pegawai KDN, kami dimaklumkan pihak kontraktor akan membaiki kerosakan tersebut,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KDN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori