Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Tuduh Speaker: Tiga MP...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dan Parlimen dituntut mengambil tindakan terhadap tiga anggota Parlimen...

DAP Tewas, Adun Bangi...

SHAH ALAM - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi dari PAS, Mohd Shafie...

Pembunuhan Jamal Khashoggi Satu...

SHAH ALAM – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pembunuhan wartawan Jamal...

Aksi ‘Volley’ Ibrahimovic, Amaran...

BINTANG baharu Manchester United, Zlatan Ibrahimovic telah menghantar satu amaran kepada pemain pertahanan...

Laporan Ada Isyarat ELT Lemah Tidak Benar – BASARNAS

Laporan berkaitan dua isyarat kecemasan yang diterima didakwa daripada alat Emergency Locator Transmiiter (ELT) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dikatakan tidak benar oleh Badan Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS).

Ketua BASARNAS, Bambang Soelistyo berkata mereka mempunyai rangkaian unik isyarat ELT milik pesawat AirAsia dan isyarat yang dilaporkan dalam media diyakini bukan yang dicari.

“Kami ada AirAsia ELT ID. Saya yakin dua isyarat kecemasan yang dilaporkan kepada kami adalah bukan yang kami cari,” katanya pada sidang media di Jakarta, Indonesia hari ini.

MENARIK – Ada Isyarat ELT Dikesan Tetapi Lemah – Tentera Indonesia

Semalam, laman web Kompas melaporkan BASARNAS menerima laporan dua isyarat kecemasan yang lemah sejak Isnin lepas.

Menurut laporan itu, kedua-dua isyarat tersebut terletak di dalam laut berhampiran Pulau Belitung, iaitu lokasi terakhir pesawat jenis Airbus A320-200 itu dilaporkan terputus hubungan pada Ahad lepas.

Misi mencari pesawat berkenaan kini rancak dijalankan dengan bantuan Malaysia, Singapura dan Australia diketuai oleh Indonesia.


Pesawat yang hilang itu membawa 162 orang termasuk tujuh anak kapal dan sebahagian besar daripada mereka merupakan warga Indonesia.

QZ8501 pada hari kejadian dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang oleh pihak AirAsia pada pukul 7.24 pagi. – MYNEWSHUB.CC

Keadaan Keluarga Penumpang Pesawat QZ8501

https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori