Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Timbalan Pengarah Hospital Machang...

PASIR PUTEH - Seorang doktor perubatan yang juga Timbalan Pengarah Hospital Machang, maut...

Pendirian Malaysia Jelas Isu...

KUALA LUMPUR - Malaysia berpendirian sebarang masalah, perbezaan dan pertikaian di Laut China...

MPT Perkenalkan Dua Aplikasi...

TAWAU - Majlis Perbandaran Tawau (MPT) memperkenalkan kaedah baharu pembayaran berkaitan MPT menggunakan...

11 Kluster Covid-19 Tempat...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 15 kluster jangkitan koronavirus (Covid-19) yang...

Laporan RCI Menunjukkan ‘Tiada Projek IC’ Di Sabah Seperti Didakwa

Laporan Suruhanjaya Diraja Siasatan Pendatang Asing di Sabah mendapati ada kegiatan haram memberikan dokumen kerakyatan Malaysia secara meluas kepada pedatang atau warga asing di negeri itu.

Dakwaan bahawa ada pemberian kad pengenalan secara meluas oleh kerajaan atau ‘Projek IC’ tidak wujud seperti yang diperkatakan.

Ia menunjukkan statistik dari tahun 1996 hingga 2000 menunjukkan ketibaan orang Indonesia ialah 457,850 tetapi pelepasan pulang ke negara asal ialah 228,366 orang.

BACA – Buku Laporan Siasatan PATI Di Sabah Boleh Dibeli Esok

Dalam tempoh sama, direkodkan kehadiran orang dari Filipina pula ialah 210,910 orang tetapi pelepasan pulang ialah 199,169 orang.

Laporan itu yang dibentangkan hari ini oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa jelas menunjukkan jurang perbezaan besar antara ketibaan dan pelepasan pulang.

Warga asing tinggal lebih lama di Sabah disebabkan pekerjaan atau sebab-sebab lain berkaitan sosial dan ekonomi.


Walaubagaimanapun, perbezaan besar itu menunjukkan bahawa rakyat daripada kedua-dua Indonesia dan Filipina datang dengan menggunakan visa pelawat atau pas sementara.

Mereka sudahnya menjadi orang yang tinggal melebihi tempoh secara haram sekaligus menjadi pekerja haram di negeri itu.

Laporan RCI turut menggariskan syor mewujudkan satu jawatankuasa pengurusan atau majlis perundingan mengenai pendatang atau orang asing yang diketuai oleh profesional bebas yang mempunyai integriti. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori