Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Imej X-Ray Telefon Bimbit...

SHAH ALAM - Seorang saksi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn....

‘Ubah Diri’ Sebelum Ubah...

PAPAR - Pemimpin pembangkang di Sabah yang seringkali menggunakan slogan 'ubah' apabila menjelang...

Selepas 10 Tahun SK...

KOTA SAMARAHAN - Selepas 10 tahun menumpang, hari ini Sekolah Kebangsaan (SK) St...

MP Johor Teruja Shinkansen...

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Parlimen (MP) dari Johor, teruja mengenai kemungkinan penyertaan...

Laut Bergelora Sukarkan Nelayan Turun Ke Laut

DUNGUN – Keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi 5.5 meter beserta angin selaju 60 kilometer sejam menyukarkan nelayan di sini untuk turun ke laut.

Tinjauan di Kampung Balik Bukit mendapati lebih 50 nelayan sudah lama melabuh dan menaikkan bot mereka ke darat.

Omar Abdul Rahman, 58, berkata keadaan laut bergelora disusuli angin kencang menyukarkan mereka selaku nelayan pesisir keluar menangkap ikan.

“Sudah dua minggu kami tidak turun ke laut kerana bimbang bot kami karam atau pecah akibat dihempas ombak ke batu,” katanya.

Mustafa Ibrahim, 67, berkata mereka yang biasanya memperoleh pendapatan harian antara RM100 hingga RM200, kini hilang punca pendapatan.


Ramli Muda, 46, berkata mereka dijangka dapat turun semula ke laut sekitar Februari tahun depan.

“Ketika tidak dapat turun ke laut, kami gunakan masa ini untuk membaiki pukat, bot serta beberapa peralatan lain bagi digunakan kembali bila keadaan mengizinkan,” katanya.

Namun mereka bersyukur kerana memperoleh bantuan sara hidup RM200 daripada kerajaan untuk menghadapi keadaan sukar seperti ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori