Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pihak Swasta Disaran Bantu...

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan sektor swasta untuk sama-sama terlibat...

Risau Tun Alami “Personality...

Biar aku katakan terlebih dahulu bahawa aku sangat tidak berharap apa yang aku...

Bajet 2016 Akan Beri...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengetengahkan...

Buka Sekolah Jika Separuh...

PUTRAJAYA - Sekolah yang terjejas banjir di Kelantan boleh dibuka untuk sesi persekolahan...

Amerika Serang Syria, Iraq Lebih 1,100 Terbunuh

BEIRUT – Lebih 1,1000maut dalam serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat (AS) bagi menggempurkan kedudukan militan di Syria dan Iraq sejak tiga bulan lalu.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria dalam satu kenyataan berkata, hampir kesemua yang maut dari kumpulan Negara Islam (IS).

“Sekurang-kurangnya 1,171 maut dalam dalam serangan udara antarabangsa dan negara-negara Arab (sejak 23 September lalu), termasuk 1,119 militan dari kumpulan Negara Islam (IS) dan Al-Nusra Front,” kata badan pemantau itu dalam satu kenyataan.

Antara yang maut ialah 1,046 anggota IS, yang merampas sebahagian besar Iraq dan Syria, dan menjadi sasaran utama kempen serangan udara.

Seramai 72 orang yang terbunuh merupakan anggota cawangan Al-Qaeda di Syria iaitu Al-Nusra Front. Manakala yang lain adalah banduan militan yang tidak ketahui dari mana kumpulan mereka.


Bakinya adalah 52 orang awam.

IS telah mengisytiharkan pemerintahan “khalifah” di sebahagian Iraq dan Syria yang ditaklukinya, dan kumpulan militan itu dituduh kerana melakukan kekejaman secara berleluasa, termasuk memenggal kepala tebusan warga Barat. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=2Ppd09ATLaA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori