Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rasuah: 6 Pegawai Imigresen...

KUALA LUMPUR ā€“ Enam pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan reman empat hari...

PAS T’ganu Sambut Baik...

KUALA NERUS - PAS Terengganu menyambut baik cadangan pucuk pimpinan parti itu yang...

Jong-nam: Wartawan Bingung Di...

KUALA LUMPUR - Wartawan tempatan dan asing yang 'berkampung' di hadapan Institut Perubatan...

Mahkamah Tolak Permohonan KDN...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN)...

Lebih 50% Penerima BR1M Di Kelantan Tak M’punyai Akaun Bank

KOTA BHARU – Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan menggesa lebih 50 peratus daripada 450,000 orang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kelantan untuk membuka akaun bank bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan.

Pengarahnya Datuk Makhtar Mustapha berkata, pihaknya juga membuat pengagihan secara manual seperti tahun lalu tetapi lebih menggalakkan penerima untuk membuka akaun bank bagi memudahkan urusan.

Pengagihan bantuan bermula 28 Jan depan.

“Pengagihan secara manual pada peringkat pertama diberi pada majlis yang akan ditetapkan nanti dalam bentuk baucer.

“Untuk peringkat kedua serta ketiga dihantar terus kepada penerima di rumah mengikut alamat yang ditetapkan di borang permohonan,” katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Jualan Kembali ke Sekolah 2015 di sebuah pasaraya di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut sebanyak 22 pemilik pasaraya di negeri ini menerima sijil Penyertaan Kempen ‘Jualan Kembali Ke Sekolah 2015’ dan seramai 40 orang pelajar pula menerima sumbangan barangan persekolahan.

Katanya, Program ‘Jualan Kembali ke Sekolah’ itu berlangsung selama 51 hari bermula 22 Nov sehingga 11 Jan 2015.

Ia bertujuan membantu pengguna khususnya masyarakat setempat mendapatkan keperluan persekolahan pada harga yang lebih rendah dan berpatutan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BR1M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori