Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Sedia Lepas Jawatan

KULAI : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk melepaskan...

‘Toyol’ Moden Yang Diharamkan...

Sejak dari dahulu lagi, jam tangan ialah alat yang biasanya digunakan bagi pelajar...

CCTV Rakam Polis Senior...

TAK tahu lah apa nak jadi pada negara Asia Selatan ini, wanita dilayan...

Kerajaan Fokus Prestasi 100...

KUALA LUMPUR - Kerajaan meletakkan pencapaian aspirasi setiap Ahli Jemaah Menteri untuk 100...

Lee Chong Wei Bukan Lagi Pemain Badminton No. 1 Dunia

SELEPAS diduga dengan hukuman digantung menyertai perlawanan gara-gara sangkut kes doping, Datuk Lee Chong Wei terpaksa akur apabila kedudukan sebagai pemain badminton nombor satu dunia tidak lagi jadi miliknya.

Gelaran tersebut kini beralih kepada pemain China, Chen Long yang baru sahaja memenangi Siri Super Akhir 2014 minggu lalu di Dubai.

BADMINTON-WORLD-DEN

Mengulas hal ini, ikon badminton negara tersebut memberitahu dia tidak boleh berbuat apa-apa selepas dikenakan hukuman penggantungan sementara oleh Persatuan Badminton Dunia (BWF).

Buat masa ini Chong Wei masih menunggu perbicaraan kes dopingnya yang dijangka berlangsung awal bulan depan.

“Saya harus menerimanya selepas enam tahun berada di ranking nombor satu dunia, ia terganggu disebabkan kes doping saya.


“Bukan mudah untuk kekal kedudukan pemain perseorangan nombor satu dunia selama enam tahun, saya harap kes ini dapat diselesaikan segera,” ujar Chong Wei.

Pengumuman ranking baru BWF mencatatkan, pemain nombor satu dunia milik Chong Wei telah dipintas Chen Long selepas berjaya mengalahkan pemain perseorangan Denmark, Hans-Kristian Vittinghus. - MYNEWSHUB.CC

VIDEO LEE CHONG WEI HARAPKAN SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA

Oleh : FARAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori