Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Wanita Bertelanjang Selamba Menari...

HOUSTON - Suatu pemandangan yang aneh berlaku semasa insiden melibatkan tiga buah trak...

JDT Kukuhkan Nilai Komersial...

PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa...

Malaysia Beri Bantuan Kesihatan...

MELAKA – Kementerian Kesihatan bersiap sedia untuk menyalurkan perkhidmatan dan kepakaran kesihatan kepada...

Kafe Hello Kitty Singapura...

SINGAPURA -  Kafe Hello Kitty pertama di Singapura telah membuka pintunya semalam kepada...

Lelaki 72 Tahun Maut Digilis Treler Di Lampu Isyarat

SESUNGGUHNYA ajal dan maut ketentuan Ilahi.

Sedih bercampur pilu apabila mendengar kemalangan yang membabitkan seorang warga emas berusia 72 tahun yang maut digilis treler di persimpangan lampu isyarat Kampung Gelong Bilal Kuala Terengganu, 12 tengah hari tadi.

Lebih meruntun jiwa, mangsa dikatakan sedang mengayuh basikal hendak pulang ke rumahnya selepas selesai menyiapkan kerja pembersihan di pusat bandar.

Akibat kemalangan tersebut itu, mangsa, Omar Ibrahim meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badannya.

Mangsa yang tinggal di Kampung Padang ini dikatakan berhenti di tepi penghadang jalan selepas lampu isyarat menunjukkan ‘tanda’ merah.

Bagaimanapun, pemandu treler yang berusia 25 tahun itu tidak menyedari kehadiran mangsa disebelah trelernya.

Pemandu tersebut yang bergerak sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau telah menyebabkan mangsa di tepi terperosok di bawah treler sebelum digilis kenderaan berat itu.


Insiden ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar .

Menurut Idris, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO KEMALANGAN BASIKAL

Oleh : FARAH

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori