Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Premis Sembelih Ayam Guna...

SITIAWAN - Jijik dan kotor, itu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan sebuah...

Kes Rasuah Guan Eng,...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 November bagi...

Dapur Sebuah Rumah Rosak...

SEREMBAN - Hujan lebat sejak petang semalam, mengakibatkan kejadian tanah runtuh hingga bahagian...

Bantuan Kewangan Kepada “Sunset...

KUALA LUMPUR - Sektor perbankan serta golongan pelabur diminta mengurangkan bantuan kewangan kepada...

Lelaki Bersenjata Tawan Tebusan Dalam Kafe Di Sydney

SYDNEY – Beberapa tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata dalam sebuah kafe di tengah Sydney hari ini dengan bendera terpapar tulisan Arab di tepi tingkap, kata saksi dan laporan.

Polis pula berkata, mereka sedang menyiasat “insiden” berdekatan Opera House.

Martin Place yang terletak di tengah pusat perniagaan ditutup apabila polis lengkap bersenjata mengepung kafe coklat Lindt dengan rakaman televisyen menunjukkan bendera berwarna hitam dan putih dengan tulisan Arab dilekatkan di tingkap oleh pelanggan yang ketakutan.

Laporan menyebut sekurang-kurangnya 20 orang berada dalam kafe berkenaan dan sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata walaupun tiada maklumat daripada polis.

Polis hanya mengesahkan operasi sedang dijalankan.

Saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti tembakan senjata.

Seorang penerbit Channel Seven, Patrick Byrne, yang pejabatnya terletak bertentangan dengan kafe itu berkata, kakitangan stesen televisyen itu menyaksikan insiden berkenaan.


“Kami meluru ke arah tingkap dan terkejut apabila melihat orang mengangkat tangan ke arah tingkap di kafe itu. Ini memang sesuatu yang luar,” katanya.

Australia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas kerajaan membangkitkan kebimbangan terhadap rakyatnya yang berjuang bersama kumpulan jihad di Iraq dan Syria mungkin pulang ke negara asal dengan membawa elemen radikal dan berupaya membuat serangan.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, mereka sedang mengendalikan “insiden itu” dekat Opera House walaupun polis tidak menyebut sama ada ia ada kakitangan kejadian di kafe.

“Polis sedang bertindak balas terhadap insiden di Opera House,” kata jurucakap polis New South Wales. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=lT04d9HZkwY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori