Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sebuah RTC Akan Diwujudkan...

KOTA MARUDU – Sebuah Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan diwujudkan di Kota...

Gawai Dayak Bantu Perkukuh...

KUCHING - Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata Gawai Dayak,...

Nahas Duke: Anak Mangsa...

KUALA LUMPUR - Nenek dua kanak-kanak yang kematian ibu bapa mereka dalam kemalangan...

Lubang Besar 20 Kali...

WASHINGTON: Sebuah lubang besar 20 kali lebih besar daripada Bumi dikesan pada matahari...

Ini Binatang! Lelaki Bunuh Anak Tiri, Kemudian Rogol Mayatnya

Pennysylvania – Seorang wanita, Jessica Padget, 33, menjadi mangsa perbuatan keji bapa tiri sendiri apabila dia ditembak sebelum mayatnya dirogol oleh lelaki tidak berhati perut itu.

Lelaki kejam itu, Gregory Graf kemudiannya menyembunyikan mayat Padget di belakang rumahnya.

bunuh1

Lebih keji, Graf turut merakamkan aksi dia merogol mayat Padget dan video rakaman disimpan dalam komputernya.

Perbuatan jijik itu terbongkar selepas polis menemui video tersebut setelah siasatan dijalankan susulan kehilangan Padget yang juga ibu kepada tiga anak.

Padgett, kali terakhir dilihat masih hidup adalah pada 21 November lalu selepas dia keluar dari tempat kerjanya di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak.


Dia ditembak hanya dalam masa 10 minit selepas meninggalkan pusat berkenaan dan mayatnya hanya ditemui lima hari selepas kehilangannya.

Graf, kini ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh.

Dia yang juga pemilik sebuah syarikat itu mengaku membunuh Padget.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori