Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Nak Pakai Baju...

ADIK Uqasha dan Nelydia Senrose iaitu juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose didakwa...

Neelofa Ke Langkawi Buka...

KUALA LUMPUR - Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail atau PU Riz...

5 Bulan Dalam Jel,...

BERITA pelakon terkenal, Tony Eusoff dijatuhkan hukuman penjara di Singapura atas kesalahannya memiliki...

Dobi ‘Muslim Sahaja’ Cetus...

POLISI 'Muslim sahaja' sebuah dobi layan diri di Jalan Junid, Muar telah mencetuskan...

Lelaki Harapan Dunia Sindir Islam – Khir Rahman

Jika sebelum ini, pengarah yang juga pelakon, Ahmad Idham memuat naik status di laman Twitternya mengkritik isu yang dimainkan dalam Lelaki Harapan Dunia, kini Khir Rahman pula bertindak sedemikian. Apa cerita?

Kalau Ahmad Idham mengkritik naratif yang didakwa memperlekehkan masyarakat Melayu, Khir pula kesal apabila penceritaan dalam filem ini dikatakan menyentuh sensitiviti agama Islam.

lelaki3

Tulis pengarah filem ‘Anu Dalam Botol’ itu di laman sosialnya, ‘Apabila seekor unta yang dijadikan qurban diperlihatkan sebagai jenis seksaan terhadap haiwan. Malah darahnya terpercik dan terpancut kuat dan tinggi ke arah orang-orang Melayu yang hadir untuk menyaksikan acara qurban tersebut.’

Terang Khir lagi, dia boleh menerima andai filem tersebut ingin mengkritik kaum Melayu, namun tidak kepada agama Islam.

Lelaki Harapan Dunia movie banner

Bukan itu sahaja, Khir juga berkata, filem satira komedi tersebut menggunakan elemen lawak sebagai senjata untuk berselindung di sebalik interteks dan subteks yang mengandungi elemen-elemen sinikal itu.


Sempat menasihati pihak di luar sana untuk membela agama sendiri dari diusik, Khir walau bagaimanapun tidak melarang mana-mana individu dari menonton filem tersebut di panggung wayang.

khirlelakiharapandunia2

Beberapa ketika kemudian, Khir sekali lagi memuat naik status memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan ujarannya melalui status sebelum itu.

Bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak namun sebetulnya, isu sensitif seperti agama dan perkauman tidak sepatutnya menjadi subjek yang dikritik dalam apa jua bahan tayangan.

Yelah, kita hidup dalam negara yang berbilang kaum dan pegangan, maka haruslah saling hormat-menghormati. Kan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori